Tuesday 23 July 2013

Cedera di bulan Ramadhan...

Petang semalam dalam kul 3 lebih, Yus dapat call dari sek, cikgu bagitau Aqeelah terjatuh & luka sikit kat dagu.. mintak datang sekolah & bawak Aqeelah pegi klinik..

terus Yus call mintak tolong atuk ambikkan aqeelah kat sekolah.. haish... risau gak, teruk ke luka nye sampai cikgu suruh bawak pg klinik? tunggu report dari abah, abah kata, aqeelah kena 3 jahitan kat dagu... hmmm... bertanda lagi le anak dara mama ni... terus suruh dia bukak puasa, sebab kena makan ubat antibiotik & ubat tahan sakit..

tak tau le camna dia boleh jatuh & terkena paku yang terjojol kat lantai kelas... takut kalo2 tetiba dia pitam ke... bila ditanya, katanya ada kawan2 tengah main2 dekat kerusi dia... tetiba tertolak aqeelah & aqeelah jatuh atas lantai... hmm.. dah nak jadi.. nak buat camna kan? redha je la.. 

terus dapat MC sehari.. hari ni kena pg klinik utk dressing.. beria taknak ponteng puasa, takut tak dapat hadiah... hahahaha... lepas pujuk, baru le senang hati tak puasa... suka pulak tu, sebab takyah pegi sekolah hari ni... pastu khamis & jumaat sekolah mmg cuti... so, cuti panjang le dia...




No comments:

Post a Comment