Monday 26 November 2012

Aqeelah di IJN lagi...

Sejak ahad lepas (semalam), Aqeelah dah berkampung di IJN. kali ini dah confirm, akan menjalani pembedahan major. cuma tarikh je yg doktor belum bagitau. petang ahad tu, nurse ambik darah dan buat xray. masa ambik darah, nurse cucuk kat urat kat lengann dia. sikit je kuar darahnya. rupa2nya tak kena kat urat. meraung2 aqeelah masa tu. jenuh la pujuk nak cucuk kat belakang tapak tangan lak. bila daddy pujuk, baru le dpt ambik darah n terus pasang tpt masuk air. pastu doktor pakar dtg melawat aqeelah, dr shahrul n dr sheikh. diorg kata, insyaallah operation akan dibuat antara rabu, khamis or sabtu. depends jadual datuk dr azahari, pakar bedah yg akan operate aqeelah. mama berdoa, biar la dpt date secepat mungkin.

hari isnin dlm kul 3, aqeelah dipanggil untuk buat echo. lepas tu, pakar bius dtg, bgtau yg aqeelah akan dioperate hari selasa, patient no2. alhamdulillah, dpt juga aqeelah date awal. setelah dibrief process sebelum dan selepas operation, dr shahrul brief in detail pasal operation tu. diorg nak naikkan injap jantung aqeelah yg bermasalah tu. mama nak citer byk pun x sure sgt camna, tp basically doctor akan potong sikit jantung tu, pastu jahit balik.

hari ni (selasa),  aqeelah dah start puasa dr pukul 4 pagi. dijangka operation start kul 10 pagi, tapi pukul 11.45 baru nurse bgtau suruh siap salin baju. pastu aqeelah dibawa masuk ke dewan bedah. kali ni daddy yg temankan aqeelah. mama tak sanggup nak tunggu lama2 tengok aqeelah terbaring kat katil tu... so, mama & nenek tunggu aqeelah kat dewan menunggu..

ingatkan kejap je daddy tunggu aqeelah. sampai pukul 1.30pm, baru daddy jumpa mama kat dewan menunggu.. rupa-rupanya, kes yg pertama, baru je habis.. itu yang lambat tu.. daddy citer, aqeelah dibawa masuk dalam bilik bedah, dalam pukul 1.25pm. lepas je doctor bagi bius kat aqeelah & aqeelah dah tak sedar, daddy keluar. doktor kata, maybe operation akan ambil masa dalam 3-4 jam.

tunggu punya tunggu, dalam pukul 5.45pm, daddy dapat call dari ICU, mintak masuk bilik ICU. nurse bgtau, aqeelah akan terus masuk kat ICU. 6.20pm, mama & daddy tengok aqeelah dah ada kat katil 105, PICU. aqeelah masih belum sedar lagi.. tapi doktor bagitau, pembedahan berjalan lancar. diorang hanya buat main treatment je, so tak perlu buat optional treatment. alhamdulillah.. operation hanya ambil masa 3 jam, dari pukul 2.30 - 5.30pm, tanpa sebarang kompilasi.

mama doakan aqeelah cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu... malam ni daddy akan tunggu aqeelah kat IJN. mama kena balik rumah, sebab nak jaga aleesya pulak.. esok mama datang melawat aqeelah lagi...