Sunday 20 January 2013

Cardiac Diet for Patients

Semasa discaj, doktor2 tak bagitahu pun, pantang-larang makanan utk Aqeelah. Cuma doktor kata, elakkan junk food. Makanya, saya take for granted, tidak begitu beri perhatian, apa yg boleh dimakan & tak boleh dimakan oleh pesakit jantung seperti Aqeelah. Aqeelah amat suka minum ice blended mocha, cappucino, chocolate, makan lauk daging, udang, sotong, ayam goreng, potato chips, seperti mana kanak2 lain. So, bila dia mintak nak makan benda2 tu semua, saya layan kan aje la.. cuma lepas operation bulan Nov 2012, saya pantangkan dari makan makanan yg gatal, especially makanan laut. Sebabnya doktor pun kata, boleh makan apa saja... Selepas Aqeelah dimasukkan ke ICU, barulah saya luangkan masa, buat research serba-sedikit kat internet. Rupa-rupanya, banyak yg dia tak boleh makan, or kena kurangkan pengambilan makanan yg dia suka tu... menyesal saya sebab tak buat research ni terlebih dahulu, terlalu sibuk dengan hal2 lain, maka benda-benda yg penting ini saya terlepas pandang. Syukurlah Allah masih sayangkan saya, diberi peluang kedua untuk berubah menjadi ibu yg lebih baik dari sebelumnya...

Di sini saya ingin berkongsi fakta yg saya perolehi hasil dari "research" saya dari en gugle...

The cardiac diet restricts the intake of cholesterol, saturated fat and sodium. Some doctors also recommend that patients with cardiac disorders limit their intake of caffeine. Following these dietary restrictions reduces the risk of heart attack, high blood pressure, stroke, coronary artery disease and other serious heart conditions. Discuss your diet with your doctor to determine the right combination of foods for your heart health.

CholesterolThe liver produces cholesterol to help the body make hormones and cell membranes. Cholesterol also comes from the foods we eat, making a low-cholesterol diet important for controlling total cholesterol levels. The cardiac diet restricts the intake of cholesterol by limiting the consumption of high-cholesterol foods. Foods to avoid include whole eggs, sweetbreads, fried foods, shellfish and foods high in saturated fats.

 
FatsFats also affect the amounts of total cholesterol and low-density lipoprotein ("bad" cholesterol) in the blood. Unsaturated fats, also known as good fats, actually improve the levels of cholesterol in the blood. They also promote normal heart rhythm and reduce inflammation, according to the Harvard School of Public Health. Good fats include monounsaturated fats and polyunsaturated fats. Canola oil, olive oil, avocados, peanut oil, almonds, pecans and pumpkin seeds contain high concentrations of monounsaturated fats. Polyunsaturated fats include omega-3 fats, which come from fish, flax seeds, canola oil and walnuts.
Bad fats, also known as saturated fats, increase cholesterol levels. Since the body produces all of the saturated fat it needs to function, humans do not need to eat saturated fats in their diets. The cardiac diet restricts the intake of saturated fats to reduce the risk of serious heart problems. Decatur Memorial Hospital recommends limiting your saturated fat intake to less than 7 percent of your daily calories. Avoid seafood, meat, whole-milk dairy items, coconut and poultry with the skin.
SodiumSodium makes the heart work harder by causing the body to retain water. The extra water in the blood vessels forces the heart to pump harder to get blood to all of the organs and tissues. This increases blood pressure, which increases the risk of heart attack and stroke if not treated. The cardiac diet limits the amount of sodium you consume each day. Your doctor will tell you how much sodium to include in your diet. Avoid high-sodium foods such as potato chips, pretzels, canned vegetables, canned soups, frozen meals, processed or cured meats, fast food and soft drinks.
CaffeineCaffeine increases heart rate, which poses serious risks for those who have had a heart attack. If your doctor recommends that you restrict caffeine intake, avoid regular coffee, caffeinated soft drinks, energy drinks and chocolates that contain high levels of caffeine. Replace these items with decaffeinated coffee, Sprite, Sierra Mist, root beer and orange soda.

TipsFollowing the cardiac diet does not mean you have to give up all of the foods you enjoy. Use healthy cooking techniques to avoid adding fat and cholesterol to your meals. Eat fresh fruit, unsalted popcorn, raw vegetables and low-fat yogurt instead of snacks that contain sodium and saturated fat. Replace whole eggs with egg whites or egg substitutes.



Read more: http://www.livestrong.com/article/96067-cardiac-diet-patients/#ixzz2HMXOHw9e

Kisah Aqeelah...

Kronologi penyakit jantung Aqeelah...

Sebenarnya, Aqeelah ada penyakit jantung. Sejak dia lahir, doktor kesan structure jantung dia tak normal. Injap belah jantung kanan dia kebawah sikit, tak selari dgn injap belah kiri. tu sebab bila dia minum susu, bibir dia akan jadi biru. 2 Dec 2005, umur dia 2 hari dah masuk IJN, pastu umur 9 hari, doctor buat minor operation, buat stenting kat jantung dia. Doktor masukkan mcm satu spring kat salur darah dia yg mengalirkan darah beroksigen ke jantung belah kiri. Purpose spring tu, utk membesarkan salur darah tu. 2-3 hari aqeelah kat icu, total nak dekat 2 minggu jugak la i ulang-alik ke IJN dr rumah. Rumah i kat Shah Alam. Sebab i ceasor masa bersalinkan aqeelah (kedudukan aqeelah melintang masa i pregnantkan dia), makanya I tak larat nak jaga dia 24 hours kat IJN. Siang I jaga, malam mak mertua I yg tolong jagakan. Doktor kata, operation tu hanya temporary solution, aqeelah tetap kena buat major operation utk betulkan jantung dia tu. Bila? Semuanya bergantung pada keadaan badan dia nanti. So, tiap2 tahun, I & husband akan bawak aqeelah pegi follow-up check-up kat IJN. Alhamdulillah, sehingga umur dia 6 tahun, dia tak mengalami apa2 kompilasi yg serius. Setakat demam, batuk, selsema, biasa la kan..  Dia sangat aktif dan bijak, walaupun kadang2 nampak dia cepat letih bila terlampau aktif.

Sehinggalah pada bulan April 2012, macam biasa, kitorg bawak dia pegi check-up kat IJN. Doktor kata, dah tiba masanya untuk Aqeelah buat major operation. Sebab stenting tu dah tak boleh bertahan lama lagi dah. Oksigen dalam badan Aqeelah semakin kurang. Doktor bg appointment, 9 May 2012, utk Aqeelah masuk IJN, utk buat tube test. Test tu utk melihat, keadaan organ2 dalam badan dia, samada dah sesuai utk buat operation tu ke tak. Masuk kamera ikut urat peha. 3 hari berkampung kat IJN, doctor kata, tubuh Aqeelah dah ready utk operate. Tapi diorg tak boleh buat sekarang, sebab specialist utk 3D scan, pegi umrah. Scan 3D tu utk menentukan apakah jenis operation yg terbaik utk jantung dia. So, kena tunggu next appointment, 13 Sep 2012.

Cuti sekolah bulan 5 tu, kitorang siap pegi bercuti kat Pulau Perhentian. Snorkeling, mandi laut.. memang favourite Aqeelah, juga hobi kami semua. Pastu I siap beli tiket pegi Koh Samui bulan Sep tu, 2 hari lepas check-up tu.

13 Sep 2012, pegi IJN utk buat 3D scan. Doktor kata, sepatutnya kena buat operation 16 Sep 2012. Tapi sebab specialist yg nak operate tu pegi outstation 2 minggu, makanya, kena postpone lagi. Selamat la kitorg pegi bercuti ke Koh Samui.

Finally, doktor bg date, 25 Nov 2012 utk operate. Sempat jugak le kitorg pegi bercuti ke Guangzhou awal cuti sekolah tu. Tapi risau jugak le, sebab doctor kata, make sure jgn demam, batuk or selsema sebelum masuk wad. Sebab kalo sakit time tu, diorg takleh buat operation. Alhamdulillah, dia sihat sepanjang masa tu.

So, 25 Nov masuk IJN, ambik darah, buat x-ray. 26 Nov, doctor bgtau, esok dah boleh buat operation. 3 jam operate, 2 hari dlm ICU. Pastu discaj 4 Dec. Alhamdulillah, doctor kata xde apa2 kompilasi. Keadaan jantung agak lemah, biasa la, sebab lepas operate. Doctor suruh rehat, bg MC 6 minggu. Hmmm.. bukak sekolah, Aqeelah masih dalam MC. Mak mentua I tolong jaga Aqeelah kat rumah I. Doktor kata Aqeelah takleh lasak sgt, makan kena jaga, jgn makan benda yg gatal2, persekitaran kena bersih, ubat kena makan ikut timing. Sebab baru lepas operate, senang nak kena infection.

Alhamdulillah, sepanjang masa kat rumah, dia ok. Biasa la budak kan, mana nak dok diam. Turun naik tangga, menjerit2 gaduh dengan abang dan adik dia, pastu sibuk nak main basikal, main tu, main ni.. nak makan sushi la, donut la.. Cuma ada satu hari tu, dia makan chocolate byk sgt.. pastu dia muntah 2 kali. Chocolate favourite dia jugak. Lepas muntah, tak nak makan chocolate lagi.

29 Dec, husband I (Yus) kena gi outstation. Mak mentua pun ada hal kat Seremban, so my sister & I, bawak anak-anak I keluar lunch kat Serai Empire Mall.  Sebab nampak Aqeelah dah ok, lagipun dah sebulan dia tak keluar jenjalan, sejak operate. Aqeelah pakai face mask masa keluar tu. Ye la, kat luar tu kan banyak habuk, at least pakai face mask, bertapis la sikit kuman2 yg ada tu. Kitorg kuar kejap je. Dalam 2 hours. Sebelum balik rumah, Aqeelah kata dia teringin nak minum Chatime, perasa Cappuccino. So, kitorg beli kan la.

30 Dec, ada kenduri kawin sepupu i kat Ampang. Kitorg pegi jugak. Aqeelah makan sikit je, nasi kenduri. Sebab panas sangat, so, lepas makan, kitorang dok dalam kereta, tunggu parents I salam2 dgn sedara. Lepas tu, kitorg singgah solat Zohor kat R&R Awan Besar. Aqeelah stay dalam kereta dgn I. Father i belikan ayam goreng kampung. Dia makan sikit. Pastu kitorg pegi Subang Parade, makan cake kat Secret Recipe. Lepas tu, Aqeelah nak Chatime lagi. Layan kan je la...

31 Dec, I book bilik kat Dorsett Regency, KL. Kengkonon nak tengok bunga api new year nnt. So, my family, dgn my parents & adik I, ikut sekali. Pagi tu, kitorg siap pegi Tesco (beli pampers anak I, ada sale). Pastu g IJN, ambik bekalan ubat Aqeelah. Sementara tunggu dalam kereta kat parking IJN tu, (Yus je yg keluar ambik ubat), Aqeelah kata lapar & nak makan Subway yg I beli kat Tesco td. So, dia makan la subway tu, nak dekat separuh jugak dia habiskan. Lepas ambik ubat, kitorg singgah CIMB, my father nak bayar duit kereta. Kitorg tunggu dalam kereta jugak.

Dah dekat kul 11.45am, kitorg decide nak lunch kat warung ikan bakar Pak Din kat Jln Tanglin, Bukit Aman. Sampai je tempat makan tu, Aqeelah kata dia rasa nak muntah. So I bawak dia g muntah kat sinki. Keluar sikit subway yg dia makan tu. Dia makan sikit je nasi & ikan talapia bakar, agaknya dah kenyang makan subway td. Sebelum pegi hotel, Aqeelah muntah lagi sikit.

Lepas lunch, I beli buah mangga muda & jambu. Aqeelah makan jambu tu sikit. Check-in, terus masuk bilik. Berebut Aqeelah & abang dia nak mandi dalam bath tub. Lepas sorang2 berendam dalam bath tub tu. Ye la, rumah takde bathtub, jakun sikit la kan… hahaha..

Petang tu, abang & adik Aqeelah pegi mandi kat swimming pool. Aqeelah I tak bagi dia mandi, sebab takut air kolam tu bukannya bersih sgt. Byk kuman kan. So, dia tengok je la budak2 tu mandi. Kesian Aqeelah. Takpe, nnt Aqeelah dah sihat, mama bawak aqeelah mandi kolam tiap2 minggu.

Aqeelah : Lapar la ma... order la makanan.

I pun mintak Yus order makanan, sebab malam nanti nak heavy dinner, makanya Yus orderkan french fries & orange juice. Tak sempat makanan nak siap, budak2 ni dah kesejukan. Semua dah taknak mandi dah. So, kitorg makan dalam bilik je. Lepas makan je dlm 5 minit, Aqeelah mengadu nak muntah lagi. Habis keluar segala french fries. Sejak tu, bila Aqeelah minum je, walaupun sikit, mesti muntah. Makan ubat pun, lepas tu muntah. Malam tu, Aqeelah tak berselera sangat nak makan. Sikit je dia makan, pastu kuar masuk toilet.

Masa tu, I dah rasa, Aqeelah macam terkena food poisoning. Nak bawak jumpa doktor, kitorang tido hotel masa tu. Malas nak balik Shah Alam (dah biasa dgn klinik kat Shah Alam je). So, kitorg rest kat bilik je malam tu. Tengok bunga api pun dari dalam bilik je. Yus kata, Aqeelah tido tak lena malam tu. Asyik gelisah je. I tak sedar, sebab kepenatan melayan adik dia.

1 Jan 2013, bangun pagi, Aqeelah nampak ok. Dia taknak makan apa2, tapi sebab nak kena makan ubat, so kitorg suruh dia makan roti je, buat lapik perut. Dia makan la sekeping, lepas tu makan ubat. Few minutes lepas tu, dia muntah balik. Yus pesan kat dia, katanya, jangan dilayankan sgt muntah tu. Aqeelah cuba tahan dari tak muntah, tapi last2, after 10 minutes, muntah jugak. Melambak atas katil.

Sepanjang pagi, Aqeelah rest dalam bilik. Makan breakfast nasi lemak & ayam goreng, pun muntah jugak. Lepas check out, kitorg pegi rumah adik Yus kat Sentul. Nak melawat dia sebab dia baru lepas accident semalam. Diorg takde apa2, cuma anak no 2 dia, luka sikit kat kepala. Kebetulan mak mentua pun nak pegi sana, so kitorang gather kat sana je. Dalam kereta, Aqeelah muntah lagi.

Sampai rumah Pak Ngah (panggilan utk adik Yus) Pak Ngah urut Aqeelah. Banyak angin dalam badan Aqeelah. Nenek (mak mentua) pun tolong ubatkan dan hembus2 Aqeelah, sebab nenek kata, Aqeelah ni “tertegur”. Maybe sebab kitorang makan bawah pokok warung Pak Din tu, tengahari buta. Memang kaki dia sejuk. Badan ok, tak sejuk.

Lepas diubat & dirawat, Aqeelah nampak segar sikit. Makan pun ada selera sikit. Tapi lepas makan, muntah lagi.

Kebetulan family Yus nak pegi melawat mak sedara diorg kat Selayang. I berat taknak ikut, nak bawak Aqeelah pegi klinik. Tapi sebab Yus kata, takpelah, kita pegi je. Kita makan sana, takyah masak dinner. So, I suggest bawak pegi klinik kawan sekolah kat Selayang. Sms kawan i tu, dia reply, husband dia ada kat klinik. Alhamdulillah, so kitorang pun terus pg klinik dia. Sampai klinik, nurse kata, doktor masuk kul 5pm. Adoi. Masa tu baru kul 4pm. Malas nak tunggu, I pun mintak je la ubat tahan muntah & ubat angin.

Sampai rumah Mak Andak, terus bg Aqeelah makan ubat2 tu. Aqeelah nampak lemah je. Masa ni I nampak heart beat dia laju. Maybe sebab muntah2 tu. Pastu tak makan seharian pulak. Lepas setengah jam makan ubat, Yus suapkan Aqeelah makan. Makan bubur nasi. Habis jugak la semangkuk. Pastu muntah lagi.

Kul 6, kitorang balik Shah Alam. Sampai rumah, macam biasa, makan ubat kul 8, pastu dia muntah jugak. Lepas tu, dia terus tido.

2 Jan 2013. Pagi ni, Yus plan nak bawak Aqeelah pegi sekolah, nak kenalkan dia kat cikgu kelas & tunjukkan kelas dia kat mana. Pastu nak bagi MC slip kat cikgu. Sebab Aqeelah masih MC sampai 14 Jan. Tapi, Aqeelah kata, dia tak larat nak bangun. So, Yus sorang je yg pegi sekolah, Aqeelah stay kat rumah opah (mak i). Abang dia (Haziq), I dah hantar dulu. I keje hari ni, sebab anak2 dah biasa dengan sekolah tu, malas la nak cuti.

Sampai ofis, I rasa tak sedap hati. I sms Yus, suruh dia bawak Aqeelah pegi klinik jugak, jumpa doktor. Pastu terus mintak refer letter, senang kalo nak bawak hospital kalo jadi apa2. Dalam kul 9.30am, Yus sms, kata Aqeelah kena masuk hospital, sebab dah lemah sangat. Kena masukkan air. So, doktor refer kat Columbia Asia, Bukit Rimau. I terus kemas barang, dari opis terus pegi hospital. 10 minit dah sampai hospital, laju giler I bawak kereta.

Aqeelah masuk Emergency Room. Doktor dah masukkan air kat dia. Pastu datang Paed, dia baca report surgery dari IJN. Pastu dia call Dr Adura kat IJN. Dr Adura kata, hantar IJN sekarang. Aduh, masa ni hanya Allah je la yg tahu betapa berdebarnya jantung I. Paed tu explain kat kitorg, heart rate Aqeelah tinggi. Masa tu, dah 180. Normal budak umur dia punya heart rate, max dalam 130.

So, I naik ambulance pegi IJN dgn Aqeelah. Dalam kul 11.10 bertolak, 20 minit dah sampai IJN. 1st time la I naik ambulance. Giler laju. Yus balik rumah dulu, ambik barang2 yg nak dibawa ke IJN.

Sampai ER IJN, register Aqeelah, pastu tunggu arahan doktor, nak bawak Aqeelah naik atas. Kul 12, doctor suruh hantar ke Wad Melor. Naik wad melor, I kena tunggu kat luar. Dah ada Guard la pulak kat pintu masuk. Guard tak bagi masuk. I tunggu dlm 10 minit, baru dapat masuk and jumpa Dr Adura. Dr Adura kata, diorang akan monitor Aqeelah. Nurse mula pasang wayar2 kat Aqeelah. Dah le wad tu baru bukak, nurse pun tak berapa pandai guna peralatan canggih tu. Lama jugak le diorg nak dapatkan heart rate Aqeelah. Dalam setengah jam jugak la menunggu. Masa ni Aqeelah tak rasa sakit apa2 pun. Lepas dapat bacaan tu, Dr Adura kata, Aqeelah kena VT. Apa VT tu, I pun tak tahu. Menurut Dr Adura, VT tu abnormal heart rate, terlalu tinggi dan tak stabil. Tak elok untuk jantung dia yg baru operate tu. Sebab masa kat ER IJN, heart rate dia rendah, dalam 80. So, Dr Adura kata, kena masuk ICU, sebab kat sana je doctor boleh buat treatment dgn ubat2 kat situ.. Dr Adura kata, mmg ada risiko utk dapat VT utk org yg baru operate jantung...


So, kul 12.57, Aqeelah ditolak masuk ICU. Ramai doctor dan nurse kat situ. Dalam 10 org. Diorg masukkan ubat untuk stabilkan heart rate dia. Lama jugak kitorang tunggu kat tempat ICU tu, dalam setengah jam, tak dipanggil lagi. Hati dah risau giler. Bateri hp pun dah kong. Nak surf apa VT masa tu pun tak dapat. Berdoa je la kitorg, semoga semua selamat. I beranikan diri, jengah dari jauh, tengok apa doktor2 tu buat. I tgk Aqeelah dah tak sedar dah. Berselirat wayar kat badan dia. Few minutes lepas tu, kami dipanggil doktor. Doktor bagitau, diorg dah cuba masukkan ubat utk stabilkan heart rate aqeelah, tapi tak berkesan. So, last solution, kena buat DC shock. Benda letrik yg letak kat dada tu. So, doktor mintak consent kitorang, sign form, pastu diorang akan buat. I tawakal je la masa tu. Air mata dah tak terbendung lagi. Rasa nak pengsan, tapi I kuatkan semangat. Dah le tak makan dari pagi (beli kuih, tapi tak sempat makan).

Dalam kul 4, doktor panggil, katanya, heart rate dia dah turun. Alhamdulillah... syukur... tapi dia masih belum sedar.. Bila kami tanya doktor, apa punca heart rate dia tetiba tinggi, doktor pun tak tau kenapa. Tapi diorg suspect, mayb sebab ubat yg dia makan. Macam overdose...  I tak rasa overdose, sbb kitorg bagi dia ubat ikut exactly dose yg doktor bagi.. hati i berat menyatakan mayb sebab benda2 yg dia makan sebelum tu... So, buat sementara ni, Aqeelah akan ditahan di PICU, sehingga keadaan dia stabil.

So, kitorang tinggalkan Aqeelah kat PICU, solat zohor dulu pastu g makan kat cafe. Sib baik Yus dah belikan makanan kat luar td, sebelum dtg IJN. Makanan kat cafe kebanyakannya dah habis. Kitorang lepak kat cafe IJN sambil charge hp memasing & menunggu sampai kul 6pm, waktu melawat PICU. Lepas solat Asar, jumpa mak yus kat ruang menunggu ICU. Adik ipar I ambik dia kat Seremban. Tepat kul 6pm, terus masuk jumpa Aqeelah. Alhamdulillah, Aqeelah dah sedar. Cuma dia mamai-mamai sikit la.. mungkin kesan ubat... Sampai kul 8pm, habis waktu melawat, baru I balik rumah dgn mak mentua. Yus pulak dapat sewa dorm kat IJN. Boleh la dia buat revision utk exam hujung minggu ni.

3 Jan 2013. Dalam kul 10 lebih, baru kami bertolak ke IJN. Sampai IJN kul 11 lebih, nurse kat PICU call, bgtau Aqeelah boleh kuar dr PICU & akan dimasukkan ke wad Melor. Alhamdulillah... dapat keluar dari PICU bermakna keadaan dia semakin pulih. Bila kitorg naik Wad Melor, tgk kat situ, macam ada event. Rupa2nya, ada perasmian pembukaan Wad Melor oleh Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari pukul 3pm arini... so, ada makan2 & press media sekali.. Macam biasa, Aqeelah tak boleh gerak banyak, sebab wayar2 & tube ubat masih belum ditanggalkan. Cuma skrg dia dah boleh makan macam biasa. Dah tak muntah lagi dah.

Dalam pukul 3 lebih, dengar kecoh2 kat lobi Wad Melor. Acara perasmian dah start la tu. Lepas tu, acara melawat kanak2 di Wad Melor. Dapat la Aqeelah salam dengan CEO IJN, dapat belon dan dapat masuk dalam Berita TV1 & Bernama (2-3 saat je pun… hahaha). Pastu ada sorang wartawan dari Mingguan Wanita, datang interview I & Aqeelah. Katanya, insyaallah cerita Aqeelah akan masuk Mingguan Wanita, 2-3 bulan lagi. Hmmm.. kita tunggu je la bila…

Ni gambar dalam Bernama, tapi caption nye salah… Nama pesakit dah bertukar... hihihi..

 
Ni caption yg betul.. sila scroll sampai bawah sekali ye..


Sampai habis waktu melawat kul 8pm, baru la saya & Yus balik rumah. Mak Yus tolong jagakan Aqeelah malam ni. Esok kitorang datang lagi..

4 Jan 2013. Banyak urusan yg perlu diselesaikan hari ni. Dengan road tax kereta dah nak mati esok, kitorang plan nak pegi renew insurance dulu, baru pegi melawat Aqeelah. Tapi dalam kul 7.30am, mak Yus dah call, bagitau doctor dah round wad tadi, kata boleh discaj arini. Aik, apsal cepat sgt? Dah ok ke? Rupanya ada berita kurang baik. Doktor nak jumpa kami berdua. Doktor kata, Aqeelah terkena jangkitan kuman, semua organ2 dalam badan dia sangat lemah sekarang. So, takde apa yg doctor boleh lakukan buat masa ni, hanya perlu bergantung pada ubat & berserah kepadaNya… dan doctor advice, utk bawak balik je Aqeelah ke rumah… Ya Allah, saya rasa nak pengsan waktu ni. Macam2 andaian dalam kepala ni. Tengok pulak Yus pun menangis, mesti chances Aqeelah is 50-50. Kitorang terus cancel plan nak renew insurance, dan terus bergerak ke IJN. Sepanjang perjalanan, saya berdoa semoga Aqeelah dapat bertahan. Jalan pulak sangat jem waktu tu. Nak ambik Federal Highway, kat Batu 3 je dah jem teruk. Yus masuk Subang Hi-Tech, keluar kat Subang USJ. Jem jugak… pastu masuk NPE, lepas keluar tol, jalan exit Bangsar dah jem teruk. Yus ambik jln Ampang/KLCC. Mula-mula OK, tak jem… tapi bila masuk Smart Tunnel je, terus jem… perjalanan yg sepatutnya dalam 30-45 minit je, terus jadi 2 jam lebih… sepanjang perjalanan tu saya baca Yasin dan berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kami ke IJN. Alhamdulillah, nak dekat kul 10 lebih baru kami sampai IJN.

Sampai IJN, terus naik wad & jumpa Aqeelah. Aqeelah nampak ceria, wayar2 semua dah dibuka. Nampak Aqeelah ceria, saya kuatkan semangat, cuba utk ceria juga dihadapan dia. Tapi di dalam hati, hanya Allah yg Maha Mengetahui. Kadang2, mengalir juga airmata ni, tapi saya cuba untuk tidak menangis di hadapan Aqeelah. Kami menunggu untuk berjumpa dengan doktor. Sehingga pukul 12 lebih, doktor tak datang2 lagi. Akhirnya, nurse bagitau, doktor ada meeting. Takpe lah, kitorg tunggu sampai dapat ubat & discaj letter. By 1pm, kitorg dah bertolak balik ke Shah Alam.

Dalam perjalanan, mak Yus suggest utk bawak Aqeelah berubat kat kg Beranang. Pak Aji yg kitorg jumpa dulu masa Aqeelah masih baby. Saya pun setuju je la. Since perubatan secara moden kitorg dah try, why not try cara conventional pulak. Lagipun, Pak Aji tu guna air & ayat Al-Quran je. Kita usaha je la, berdoa semoga diizinkan Allah supaya Aqeelah sembuh dan kembali sihat.

5 Jan 2013. Seawal 9.30am, kitorg bertolak dari Shah Alam, ke Seremban dulu. Sebab mak Yus nak settlekan urusan catering kawin Aboy nnt. Kesian pulak kat dia, sibuk risau pasal kesihatan Aqeelah, urusan kawin Aboy tergendala.. Pastu singgah rumah kat Seremban, makan lunch sikit (sib baik ayah ada masak, Aqeelah kelaparan..), terus pegi Beranang. 1st time le saya bawak kereta jarak jauh ni.. dah lama asyik jadi penumpang je.. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan olehNya. By 1.00pm, kami sampai di rumah Pak Aji tu. Nasib baik la mak Yus kenal wife Pak Aji tu, so dah siap mintak reservekan nombor utk kitorang. Kitorang dapat no 2. Lepas solat Zohor, dalam kul 2pm, baru Pak Aji tu mulakan sesi rawatannya.

Pak aji ni memang terror. Pak Aji tu hanya pegang nadi dan urat2 kat tangan, dia boleh tau, apa penyakit kita. Dan dia hanya menggunakan ayat2 Al-Quran je, pastu dia buatkan air tawar utk menolong kita menyembuhkan penyakit. Berbalik pada Aqeelah, Pak Aji bgtau, memang ada kuman dalam badan Aqeelah & organ2 badan dia sangat lemah. Dia kata, kenapa tak sambung berubat dgn dia masa baby? Kitorg hanya terdiam, sebab masa tu, saya tak berapa yakin yg Pak Aji ni boleh membetulkan keadaan structure jantung Aqeelah yg tak normal tu. Pastu sibuk pulak dengan urusan lain, kami tak terpikir nak sambung berubat dgn Pak Aji. Pada hal, tiap2 tahun lalu tepi rumah dia masa raya. Tapi, nak buat macamana ye, benda dah jadi. Sekarang ni, kami berusaha utk mengubati Aqeelah, dengan apa cara sekalipun, selagi yg tidak melanggar batas2 agama.

Pak Aji tu bagitau, selain penyakit jantung, Aqeelah pun berkemungkinan besar ada ketumbuhan di kepala. Pak Aji suruh kami pegi hospital utk sahkan perkara tu. Sebab Pak Aji tu tau, Aqeelah ada muntah2 & pening2 sebelum ni. Bukan setakat last week, yg dia muntah sampai masuk ICU tu, tapi muntah yg sebelum-sebelum ni. Memang kadang2 Aqeelah selalu mengadu pening kepala. kdg2 muntah, takde sebab. Masa dia darjah satu tahun lepas,  saya selalu ingat dia malas nak pegi sekolah dan buat alasan sakit kepala dan sakit perut. Bila dia muntah, baru saya rehatkan dia kat rumah mak. Tapi kalo tak muntah, hanya sakit kepala, saya akan paksa jugak dia pegi sekolah. Rupa-rupanya, itu simpton ada ketumbuhan di kepala. Lagi la bertambah risau saya. Tapi Pak Aji tu sangat cool, dia kata, insyaallah, boleh dirawat penyakit2 Aqeelah ni. Dia suruh datang lagi utk rawatan hari Rabu depan. Meaning, saya kena ambik cuti lagi, sebab Yus tak leh cuti, dia ada meeting penting. Takpe la, biar saya berkorban utk anak2...
Pak Aji tu bekalkan air yg sudah dibacakan dengan ayat2 Al-Quran, utk diminum Aqeelah sepanjang masa. Bila nak balik, baru mak Yus perasan, handphone dia takde. Call punya call, ayah yg jawap. Rupanya tertinggal kat Seremban. Dah sudah… patah balik ke kitorg ke Seremban.. berpusing2, sampai kul 5 lebih baru sampai Shah Alam balik.. penatnya seharian dalam kereta…

9 Jan 2013. Alhamdulillah, sebab pegi waktu bekerja, orang tak berapa ramai. Kul 11.30 kitorang bertolak dari shah alam, by 12.30 dah sampai rumah Pak Aji. Siap makan lunch dalam kereta & solat Zohor berjemaah. Hari ni dapat no 1. Pak Aji tu kata, ada sikit je lagi kuman dalam badan. Organ2 badan dah semakin kuat. Tapi ketulan di kepala masih ada lagi. Perlu datang lagi utk rawatan susulan. So, kitorg decide utk dtg hari Sabtu je.

12 Jan 2013. Kali ni, saya berdua je dari shah alam, dengan Aqeelah. Sebab yus outstation g kuching sabtu pagi tadi, mak Yus pulak dah balik Seremban dgn Aboy malam semalam. Kitorg janji jumpa kat rumah Pak Aji tu je nanti. Kali ni dapat no 3, sebab ada org lain dah book awal lagi. Takpe la, janji top 5, cepat sikit dpt buat rawatannya. Hebatkan Pak Aji ni, siap kena ambik no nak berubat dgn dia. Yg dtg pulak tu, bukan org yg dekat2… jauh2 semua nya… Pastu, sehari, dia allocate 30 nombor je. Kalo dah hbs semua no, makanya kena datang esok hari. Sebab rawatan dia dari kul 2pm-6pm je. Sabtu - Khamis. Jumaat tutup. Sabtu Ahad utk rawatan2 ringan, Isnin-Khamis, rawatan2 berat.

Saya ikut jalan Puchong-Semenyih. Kebetulan ada la pulak majlis BN kat Tesco Semenyih tu.. penuh dgn bas & rakyat MIC… jem le pulak kat situ… sib baik dapat sampai rumah Pak Aji sebaik masuk waktu Zohor..

 Masa jumpa Pak Aji tu, dia kata, Alhamdulillah, Aqeelah semakin sihat. Organ2 badan dah bertambah kuat, cuma ada cecair sikit dalam peparu. Kuman2 dah tak de, ketulan di kepala pun dah mengecut sedikit. Syukur ke-hadrat Ilahi, anak mama dah semakin sihat. Bila ditanya, boleh ke Aqeelah pegi sekolah? Pak Aji tu kata, dah boleh pegi sekolah dah.. suka aqeelah dapat pegi sekolah.. kita tunggu appointment dengan IJN dulu ye. Kalo doktor pun kata ok, boleh pegi sekolah, baru mama benarkan Aqeelah pegi sekolah. Tapi Aqeelah kena rajin makan ubat dan minum air yg Pak Aji tu bekalkan... Pak Aji tu mintak kami datang lagi hari sabtu depan, utk check cecair di peparu tu.

19 Jan 2013. Yus tak keje arini. So, kami bertiga pegi dari shah alam. Haziq & Aleesya tinggal kat rumah mak. Kebetulan mak ngah datang shah alam melawat mak, so, diorg buat makan2 sekali dgn makcu sefamily. Kali ni, Pak Aji tu bgtau, Alhamdulillah, Aqeelah dah sihat.. cecair dalam peparu dah takde, kuman pun dah takde, organ2 badan dah kuat, jantung pun dah ok. Cuma ketulan kat kepala tu je yg masih ada sikit lagi. Jadinya, kalo boleh, datang lagi jumpa dia sabtu depan, kalo kelapangan. Dia just nak tgk perkembangan Aqeelah. Tapinya sebab minggu depan Aboy nikah dan kenduri belah pengantin perempuan, so kitorg decide akan pegi rumah Pak aji sabtu lagi satu, 2 Feb 2103. Pak Aji tu pesan, jangan bagi Aqeelah main tengah panas /berpanas. Hmmm... kena jadi puteri lilin la anak mama ni... Orait Pak Aji, arahan diterima. Terima kasih atas jasa baik Pak Aji dan dengan izin Allah, Aqeelah dah semakin sihat...

15.01.2013 ~ Birthday Mak yg ke-63 & Aqeelah kembali ke sekolah..

15hb Jan, celebrate bday Mak yg ke-63 kat rumah. Kitorang just solat Maghrib berjemaah, baca Yassin & doa selamat & makan-makan... Semoga mak sentiasa sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia & dirahmati Allah...



First day ke sekolah, Yus hantar Aqeelah..  excited dia dapat jumpa kawan2 lama & cikgu2 baru.. alhamdulillah, cikgu dia bagi tempat duduk depan sekali.. bawah kipas.. tak le Aqeelah rasa panas sgt... Daddy pun dah brief cikgu, the do's & dont's utk Aqeelah... Pastu, setiap pagi, daddy akan hantar Aqeelah sampai ke kelas, utk tolong bawakan bag sekolah & bekalan makanan Aqeelah. Nasib baik ada locker kat kelas, boleh tinggalkan buku2 kat situ. Cuma buku yg ada homework je kena bawak balik. Waktu balik, Abang Haziq akan tunggu Aqeelah kat tangga, pastu sama2 balik dengan Atok.

Sehari sebelum tu (14hb), bawak Aqeelah check-up kat IJN. Patutnye appointment kul 3.10pm, tapi pukul 4.45pm baru dapat jumpa doktor. Kitorg tunggu dr kul 1.30pm... Appointment tu tulih, jumpa dengan Prof. Dato' Dr. Mohd Azhari Yakub (pakar bedah yg operate Aqeelah aritu) tapi rupa2nya jumpa doktor lain dari bahagian surgery. Takpe lah, maybe Dato' ada urusan lain yg lebih penting.. Anyway, doktor bgtau, Aqeelah dah ok. Tulang2 dia dah bercantum balik... Dah boleh pegi sekolah, tapi tak boleh lasak sangat. Kena jaga kebersihan, tak boleh bersukan & angkat barang berat... hmmm... banyak yg kena pesan kat cikgu kelas Aqeelah ni.. makan tak payah pantang dah... tp mama tetap nak limitkan, especially junk food... So, MC Aqeelah berakhir ari ni.. esok (15hb) dah boleh pegi sekolah... excited dia nak pegi sekolah, jumpa kawan2 & cikgu... next check-up, 18 Feb 2013 kat Hospital Serdang & 10 April 2013 kat IJN balik.

So, schedule mama pun dah berubah dah... pepagi sebelum subuh dah kena bangun, utk masakkan bekalan makanan Aqeelah. Mama taknak Aqeelah makan makanan yg diberi pihak sekolah, takut diorg masak guna bahan perasa. Biar la mama masak utk Aqeelah setiap hari. Cuma mama kena pikir, apa yg nak dimasak setiap hari... dan berdoa semoga tak mengantuk kat opis sebab lately mama asyik terbangun kul 3-4am.. sebab takut terlajak tido, mama bangun solat & mengaji, sampai pukul 5am, berenti kejap utk siapkan bekalan Aqeelah.

Pastu, pagi2 sebelum kuar rumah, kena make sure Aqeelah breakfast sikit utk makan ubat. Ini duty daddy. Schedule biasa makan ubat Aqeelah, 7am, 4pm, 8pm & 11pm. Sebab sekolah, then doktor bg ubahkan sikit schedule tu. 6.30am, 4.30pm, 8pm & 10pm. Ada 4 jenis ubat, ada yg sekali sehari, ada yg dua kali sehari, ada yg 3 kali sehari.. challenging betul nak ingatkan timing tu.. last2, Yus belikan bekas ubat, yg ikut days & time. siap potongkan siap2, so, tinggal makan je nanti... Pill Cruncher pun beli tau... tak tau pun ada benda ni.. selama ni, jenuh la tekan dgn sudu nak hancurkan ubat pil... sib baik nampak nurse kat IJN gunakan benda ni masa nak bg Aqeelah ubat pil.. kalo tak, sampai sudah lah kitorg tekan pakai sudu...


Ujian Allah di permulaan tahun 2013...

Aisey... dah nak masuk hujung Jan 2013, baru la dpt jengah blog ni... terlampau bizi... macam2 perkara terjadi sejak awal tahun aritu... Sebab sepanjang bulan Dec 2012 kitorg tak pegi ke mana-mana lepas Aqeelah operation, dan memandangkan Aqeelah dah nampak sihat, jadinya saya plan dengan abah, kitorang nak tido kat KL, sambut New Year kat sana, dinner & tengok bunga api (dari bilik hotel je la..)

Tapi, kita hanya merancang, Allah yg menentukan... Plan nak tido KL memang on. Semua berjalan lancar.. tapi end up Aqeelah masuk ICU kat IJN, 2hb Jan aritu... nnt2 la saya cerita apa sebenarnya yg terjadi... besar sungguh ujianNya terhadap keluarga saya... namun, syukur alhamdulillah, Aqeelah dah kembali sihat dan dah mula bersekolah sejak 15hb Jan.

Dengan Yus ada exam awal Jan tu, pastu kena pulak pegi outstation setiap hujung minggu, jadinya saya memang amat2 sibuk dengan urusan anak2 masa wiken, termasuk la berulang-alik Beranang utk mengubatkan Aqeelah. Aleesya pulak, tiap kali yus outstation, dia mesti buang air besar lebih 5 kali sehari... kebetulan waktu tu, dia beralih bulan... lagi la membuatkan saya risau.. sampai luka2 punggung dia, nangis2 taknak cuci buntut... Syukur alhamdulillah ada Oya, mak & abah yg sudi membantu menjaga Haziq & Aleesya semasa saya bertungkus-lumus menguruskan hal2 Aqeelah.

Nasib baik juga la kerja tak berapa banyak di opis.. ofismate & bos amat memahami keadaan saya...

Mama doakan semoga Aqeelah, Haziq & Aleesya sentiasa sihat & dilindungi Allah swt....