Thursday 21 February 2013

Air Anugerah..

First time dengar pasal air Anugerah ni dari sepupu hubby.. last year, lepas raya rasanya... masa tu nak pegi kenduri nyambut pengantin perempuan sepupu hubby yg lagi satu kat Perlis.. hubby demam teruk masa tu.. dah le pegi naik bas.. balik dari rombongan kak kiah ni, hbs satu bas demam gak...

alhamdulillah, air ni sungguh mujarab.. bukan nak taksub ke hapa.. tapi hubby semakin kebah bila minum air ni.. of course la bukan dengan seteguk je... selepas beberapa kali minum dan dengan bacaan surah al-fatihah, selawat ke atas nabi saw & doa ke-hadrat Ilahi..

sejak ari itu, saya amalkan minum air ni setiap hari.. anak2 pun bawak air ni g sek.. senang, botol dia kecik, mcm botol mineral.. cuma pantangnya, takleh langkah.. so, kena make sure, kena letak air ni kat tpt yg tinggi.. sbb air ni dah dibacakan dgn ayat2 al-quran 30 juzuk.. "Air Anugerah menggabungkan air sebagai penawar semulajadi dengan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah."


Susah nak dpt stok air ni... saya order direct dari main stokis, sebulan baru dapat... so, sekarang kena place order continuously.. kot tak, putus bekalan... bekalan murah... kalo yg jual kat kedai jamu tu, berlambak.. tp mahal la.. jenuh jugak kalo nak minum hari2, rege retail... ni beli dgn main stokis, dpt la rege stokis.. :-D




Sumber : Anugerahquran.com

Hilangkan dahaga anda dengan Air Anugerah. Ia menggabungkan air mineral yang ditenagakan dengan ayat-ayat ruqyah dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Air Anugerah adalah kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah.

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Air Anugerah:

• Surah al-Faatihah untuk menyembuh keracunan • Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan
• Surah al-Qadr untuk membuka minda, hati dan menerangkan mata • Surah al-Kafirun untuk menghindari gangguan jin dan syaitan
• Surah al-Ikhlas untuk menjauhi dari pandangan manusia yang berniat jahat • Surah al-Falaq untuk menyembuh penyakit siang dan malam
• Surah al-Isra’ ayat 28 untuk pendinding dan pembimbing • Surah at-Taubah ayat 128 untuk menghilangkan kesakitan
• Ayat Kursi untuk menghindar gangguan jin dan syaitan • Surah al-Baqarah untuk keselamatan dari malapetaka yang tidak dijangka
• Surah al-Isra’ untuk penawar segala jenis kesakitan • Surah as-Saaffaat untuk mendapat kesihatan tubuh badan
• Surah A-li’imraan untuk kesihatan dan pelindung dari ganguan jin dan syaitan • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh rohani dan jasmani • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran untuk penyembuh penyakit rohani dan jasmani • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar dan pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan • Ayat pendamai
• Ayat pelembut hati • Doa pengasih
• Doa pelaris perniagaan • Doa penyejuk hati
• Doa menghindar gangguan semasa tidur • Doa pendinding
• Doa penerang hati

Dapatkan Air Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:
• penyakit luaran dan dalaman semakin pulih
• wajah semakin ceria dan berseri
• hati menjadi lunak dan mudah menerima perkara yang baik
• badan semakin bertenaga dan bersemangat
• rumahtangga semakin harmoni dan gembira
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• hati semakin lembut dan mudah menerima nasihat (untuk kanak-kanak)
• daya ingatan semakin kuat dan cerdas
• mudah untuk melahirkan anak (untuk wanita hamil)

Kaedah penggunaan
Baca Bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.Kemudian lafazkan niat dalam hati. Boleh disapu pada muka dan kepala. Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.

1 comment:

  1. saya dan keluarga pulangkan ilmu bathil yg kami ambil dan belajar dari kamu kepada kamu semula

    ReplyDelete