Saturday 1 December 2012

Happy 7th Birthday to Aqeelah...

Hari ni birthday aqeelah yg ke-7... tak pernah terfikir, akan sambut birthday aqeelah kat ijn... alhamdulillah, aqeelah dah keluar dr ICU hari khamis lepas.

update condition aqeelah selepas operation.
Rabu (28 Nov 2012)
Lepas operation hari selasa lepas, aqeelah duduk kat PICU 2 malam.. alhamdulillah, keadaan aqeelah stabil. rabu pagi, aqeelah dah sedar dah... cuma monyok sikit le.. ye la, tak boleh nak bergerak banyak sangat kan.. tube darah kotor, fluid dari peparu & oksigen kat mulut pun dah bukak dah.. cuma tinggal wayar utk ubat (7 jenis ubat), tube minum & oksigen kecik kat hidung.. aqeelah dah boleh cakap sikit2 masa ni.. ramai kawan2 dr ofis daddy dtg melawat aqeelah, tp xleh masuk sebab waktu melawat dah habis.. nenek & pak ngah pun ada melawat aqeelah.. atuk latip & atuk yahya patutnya nak melawat aqeelah petang rabu tu.. tapi jem teruk sangat kat kl, dari pukul 6 atuk stuck dalam kereta, sampai 9 mlm baru dapat keluar dari sana.. mama rasa badan aqeelah malam tu mcm panas sikit.. nurse kata, nnt lepas sponging, reda la panas tu.. mama doakan aqeelah sihat.. jgn la demam, kalo demam takut terkena jangkitan kuman pulak..

Khamis (29 Nov 2012)
Masa daddy masuk melawat aqeelah tengahari tu dgn atuk-atuk, doktor bgtau, aqeelah dah boleh keluar PICU, masuk wad anggerik, tapi masih dalam observation.. alhamdulillah, cepat la anak mama ni sembuh... tempat aqeelah, katil 16. opah cu & tokcu pun ada melawat aqeelah hari ni.

Jumaat (30 Nov 2012)
Keadaan aqeelah bertambah baik. takde demam, kahak sikit2 je.. doktor kata, dah boleh pindah masuk wad tanjung. syukur...

petang tu mama ada board meeting kat ofis. lepas habis keje, mama terus gi kedai, belikan aqeelah kek angry bird... mama nak buat surprise utk aqeelah esok.. daddy kata, ramai org datang melawat aqeelah petang tu... cik ino, pakcik duan, tok & nenek andak, opah, atuk, aleesya, abg haziq & cik toi.. terima kasih semua sebab dtg melawat aqeelah..

Today (1 Dec 2012)
Masa aqeelah buat echo kat bilik echo, mama cepat2 hias bilik wad aqeelah dgn birthday deco.. jenuh mama tiup belon (tersalah beli pump sebenarnya.. terbeli pump bola.. hahahaha..). Structure jantung aqeelah dah bertambah baik. mama tengok, injap kanan aqeelah, dah selari dengan injap kiri. hebat betul pakar2 bedah ni.. terima kasih doktor2, especially Dato' Dr Azahari Yaakub, Dr Shahrul, Dr Sheikh, Dr Marhisham, Dr Haifa, Dr Ariffin dan semua kakitangan IJN yg terlibat..

disebabkan kanak-kanak hanya boleh masuk pukul 6-8pm, acara memotong kek ditangguhkan sehingga abg haziq & aleesya boleh masuk.. banyak aqeelah dapat hadiah.. aqeelah makan sikit je kek tu.... yg selebihnya, daddy bagi kat nurse2 kat wad tanjung.. pak ngah, mak ngah, ammar & adriana pun ada datang melawat aqeelah.. cik wat & pakcik ahzam dtg pagi td, sbb diorg ada hal petang nnt..

Mama doakan aqeelah cepat sembuh sepenuhnya...

No comments:

Post a Comment