Thursday 6 December 2012

Aqeelah Sudah Discaj...

Alhamdulillah, Selasa lepas, Aqeelah dibenarkan keluar dari IJN. Tube yg mengeluarkan cecair dari peparu telah dibuka hari Isnin pagi. Keadaan Aqeelah semakin pulih.. kuat semangat anak mama ni... Makan pun dah semakin berselera. Nenek cerita kat mama, masa doktor keluarkan tube tu & jahit tempat masuk tube, Aqeelah menangis kuat sangat. nasib baik mama takde kat situ masa tu.. kalo tak, mesti mama pun menangis... tak sanggup mama bayangkan rasa sakit bila dijahit tanpa bius... takpe la, mama doakan Aqeelah tak perlu dibedah lagi.. cukup la sekali ni saje... Terima kasih kepada semua pakar-pakar bedah dan doktor-doktor & nurse-nurse yg menjaga Aqeelah selama seminggu lebih ni.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar..

Hari Selasa tu, mama ada meeting sepanjang hari. Mama plan nak mintak tolong atuk ambikkan Aqeelah n nenek kat IJN. kebetulan cik ju ada kat klcc masa tu, so cik ju yg tolong hantar ke rumah. Doktor bg Aqeelah MC 6 minggu. next check up 14 jan 2013. insyaallah, kalo semua ok, aqeelah boleh pegi sekolah lepas tu. Terima kasih kepada kawan-kawan dan sedara-mara yg mendoakan kesejahteraan atas Aqeelah. Hanya Allah yg dapat membalas jasa baik korang semua.

No comments:

Post a Comment