Sunday 25 December 2011

Jalan-jalan Cari Pasal 2011 - Episod Ho Chi Minh, Vietnam (Part 5)

Day 4 ~ Full day Mekong tour



Lepas breakfast, kami menunggu bas untuk bawa ke tour Mekong River Delta… rege tour yang ni USD15 per pax.. macam semalam jugak, kami tukar bas kat TA office.. kali ni naik bas yg lagi besar… lama jugak menunggu kat situ.. dalam setengah jam.. bas penuh, ngam2 dengan bilangan tourist.. takde tempat duduk kosong langsung..

nunggu bas.. tak igt nape kitorg ketinggalan bas..

Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih.. macam biasa, sepanjang perjalanan, pemandangan sawah padi yang terbentang luas… ada sekali stop, utk membuang… saya tak turun pun sebab aleesya tido lena.. abah macam biasa, sibuk la membeli buah kelapa muda..

gigih korek isi kelapa..

bas yg kitorg naik..

tempat membuang..

sawah padi..

cantikkan.. kreatif..

 Perjalanan diteruskan selepas berhenti selama 15 minit… sampai je kat destinasi, kami diarahkan turun dari bas, menuju ke jeti.. di sini, kami menaiki bot panjang menyusuri Sg Mekong..

rombongan ahkak..

bot sg mekong..

kat jeti...

pelan2 naik tu..

Apa yang menariknya Sg Mekong ni? Takle menarik mana… warna pun macam air teh tarik.. saya dah pernah pegi Sg Mekong ni masa ikut tour EON g Chiang Mai / Chiang Rai tahun 2008 rasanya… masa tu masuk ikut Thailand.. siap masuk border Myanmar/Laos.. kali ni masuk ikut Vietnam lak..

kapal angkut pasir..




Dalam 10 minit naik bot, kami berenti kat satu jeti ni.. melawat tempat buat candy kelapa..



ditunjuk la cara2 kopek kelapa, parut kelapa, perah santan, pastu masak macam masak dodol…



 lepas masak, diuli2 & dipotong2 & dibungkus, jadi la gula2 kelapa..




kat situ pun ada jual minuman “tenaga”.. dicampur dengan bangkai2 haiwan2… erk… tak lalu saya nak tengok..


Pastu ada pulak la acara berposing dengan ular sawa.. besar gedabak ular tu.. mat2 saleh suka le…


sempat pulak atuk n cucu ni try perah santan..
ada pulak hammock utk rehat2...

Lepas setengah jam kat tempat ni, kitorg diarahkan berjalan menyusuri jalan2 kampung.. mula2 lalu kawasan paya, pastu kawasan kampung, kawasan kubur pun ada.. dalam 1km jugak la jalan kaki… kesian otai2.. jenuh la jalan pelan2.. 
stroller tak bawak... gilir2 dukung aleesya..


dah sampai penghujung jalan (kitorg last sekali..), ada kereta kuda menunggu.. satu kereta boleh naik 4-5 org.. so, kitorg kena naik 2 kereta kuda la… mula2 tu, mak kata, takyah naik la.. macam takut roboh je kereta kuda tu.. tapi tourist guide tu suruh naik jugak.. sib baik kitorg naik, sebab perjalanan agak jauh.. dalam 2km lagi… ada jugak la tourist yg tak naik… jenuh le berpeluh diorg jalan kaki…


Sampai kat satu tempat ni, kereta kuda tu berenti… kitorg turun, pastu jalan ikut tour guide tu… dibawaknya masuk dalam area pasar basah.. dah namanya pasar, ada jual buah, sayur, ayam, daging etc.. pastu ada jugak jual bag, baju etc.. sambil jalan, sambil cuci mata je la.. tak membeli pun..

Sampai kat hujung pasar, kitorg nampak bot panjang dah tersedia menunggu kitorg.. ingatkan kitorg yg last… rupa2nya, org lain xde lagi.. mana pulak la diorg ni.. abah pun hilang… tunggu punya tunggu, dekat 10 minit, baru diorg masuk dalam bot… rupa2nya diorg pegi melawat pasar tu dulu.. abah pun siap beli buah rambutan & longan…

Lepas semua penumpang dah naik, bot pun menyusuri sg tu lagi.. mana le pulak diorg nak bawak kitorg ni.. ni dah dekat lunch time.. perut lak dah berkeroncong… dalam 5 minit lepas tu, bot berenti kat satu tempat.. tour guide bgtau, kita akan lunch dekat sini.. disebabkan makanan yg dihidangkan adalah tidak halal toyiba, makanya kitorg just makan bekalan makanan yang memang telah dibawak dari awal… misi menghabiskan segala nasi impit, roti, tuna, sambal ikan bilis, sambal daging bagai… abah lak, sebab lunch tu dah dicaj kat kitorg, dia pegi mintak telur rebus kat restoran… berpicnic le kitorg kat tepi Sg. Mekong… sib baik angin bertiup sepoi2 bahasa… kitorg bersantai sakan la… toilet pun bersih.. selesa untuk membuang apa2 yg patut..
misi mengeluarkan bekalan makanan..

tak sabar2 nak tunggu bot bergerak..
tempat lunch ni sebenarnya macam taman.. ada satu tempat tu siap ada slides.. kitorang dah naik bot, baru nampak tempat tu...


 Sejam lepas tu, kitorg naik bot balik… kali ni, kitorg dibawa melawat tempat madu lebah… minum teh bersama madu & limau.. pastu biasa la.. diorg promote homemade honey.. beli lagi… yus & Aleesya masa ni tak ikut sama.. diorg tunggu dalam bot..




lebah real...

Lepas minum madu, kitorg dibawa menaiki sampan kecik.. dah sudah… takkan Yus & Aleesya tinggal kot.. tapi tour guide tu kata takpe..  you go 1st..  muat 3-4 org je satu sampan.. pastu ada la pendayung sampan ni kat belakang… dah le diorg kurus melidi.. nak bawak kitorg yg terlebih size ni… seriau betul, takut jatuh dalam sungai yg tak macam sungai tu.. actually, kitorg menyusuri kawasan paya… bau dia.. fuh! Sungguh la “harum”…. Kalo terjatuh dalam air tu, kompem seminggu bau tu tak hilang… hahahaha..
 Dalam 500 meter kot kitorg naik sampan tu.. lega bila dapat turun.. bila turun, cepat2 naik kat jeti.. dah le jeti pun halus je… dari situ, kitorg menuju ke kebun buah-buahan (katanye la..) nan ado… ada le sikit2 pokok.. pokok kelapa, pokok belimbing.. pastu, diorg suruh duduk, satu meja 4 org.. kitorg duduk je la.. 




Tetiba, ada muzik & suara orang nyanyi… dah macam opera cina la pulak… rupa2nya, lagu tradisional Vietnam… lama jugak la diorg menyanyi..  kitorg dengar sambil makan buah-buahan yg dihidangkan… licin pinggan masing-masing… kat sini ada jugak le jualan barang2 kraftangan hasil penduduk tempatan..
sila nyanyi...

yus & aleesya dah siap tunggu kitorg kat sini..



mak mertua sempat sambar handbag lagi...

Dah habis tu, kitorg naik bot balik..  tamat la program melawat sg Mekong ni… masa balik, tourist yg ikut tour utk hari kedua, diminta turun naik bas lain.. ada la 2-3 couple… kitorg balik ke bandar Ho Chi Minh semula.. dalam kul 5 lebih (waktu tempatan), baru sampai bandar.. sebab jalan jem.. terkejar2 le nak solat jamak Asar & Zohor..

Malam tu, kitorg dinner kat VN Halal lagi.. tapi lambat sikit la.. sebab restoran penuh dengan pre-booked customer (ni jenis yg dtg ikut pakej la..) kitorg dapat makan kul 8 lebih.. sib baik le restoran tu selang 2 kedai je dari hotel..





haziq bersungguh-sungguh makan.. kelaparan..

Lepas makan, jalan2 shopping lagi kat pasar malam.. Alhamdulillah, cuaca baik… dapat le membeli dengan tenang… baju yang ditempah pun dah siap..  siap tempah baju lain pulak.. pastu kitorg sempat g Hard Rock Café, beli shot glass..

 

No comments:

Post a Comment