Friday 3 May 2013

KHASIAT ZIKIR NAMA - NAMA ALLAH



Salam Jumaat...

Renung-renungkan... dan selamat beramal...


Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
      Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
 (Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyaallah dirinya dikayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyaallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyaallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyaallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyaallah dirinya dimuliakan, dibantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.

   Selepas Fardhu Zohor
Ya-Samii’
ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ
(Membaca 100X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya.







Selepas Fardhu Maghrib
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
   (Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyaallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.
Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyaallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(Berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyaallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya.



Selepas Fardhu Isyak
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
  (Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyaallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.
Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.
Ya-Aakhir
ﺍﻻﺨﺮ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyaallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.
Ya-Rasyiid
ﺍﻟﺮﺸﻴﺩ
(Berzikir 100X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyaallah segala amalannya di terima.



Selepas Fardhu Jumaat
Ya-Allah-Ya-Haiyu
(Berzikir 100X
sebelum solat Jumaat)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.
Ya-Dzaahir
ﺍﻇﺎﻫﺮ
(Membaca 15X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Dzaahir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyaallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya.



Selepas Solat lima waktu
Ya-Allah
ﺍﷲ
(Berzikir 66X
setiap 66 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah” 66 kali selama 66 hari tiap-tiap lepas solat fardhu, insyaallah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi.
Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Rahmaan” 100 kali tiap-tiap hari setiap lepas solat fardhu, insyaallah dirinya terhindar daripada sifat lupa dan lalai.
Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan” 100 kali setiap selepas solat fardhu dirinya akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih.
Ya-‘Aliim
ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aliim” 100 kali setiap lepas solat fardhu lima waktu, insyaallah dia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf ( ertinya terbuka hijab : nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata; misalnya diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di perlihatkan Allah tentang jenazah Raja Najasyi yang bernama Asyahamah. Nabi (s.a.w.) pun solat ghaib ke atas raja itu ) dan memperoleh iman yang sempurna.
Ya-‘Adl
ﺍﻟﻌﺪﻝ
(Berzikir 104X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Adl” 104 kali setiap lepas solat, insyaallah dirinya masyhur banyak keadilan dilakukan lantas ramai yang tertarik kepadanya.
Ya-Haliim
ﺍﻟﺤﻟﻴﻡ
(Berzikir 88X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Haliim” 88 kali tiap-tiap lepas solat, insyaallah pangkat atau kedudukannya berkekalan.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 100 kali setiap kali lepas solat fadhu lima waktu, insyaallah dirinya menjadi orang yang soleh.



A   R-RAHIIM
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Barang siapa berzikir “Ya-Rahiim” 100 kali  tiap-tiap hari, insyaallah lembut hatinya dan kasih sayang kepada makhluk.
AL-MALIK
ﺍﻟﻤﻟﻚ
Barang siapa berzikir “Ya-Malik” 121 kali setiap hari selepas waktu fajar atau ketika gelincir matahari, insyallah dibukakan pintu rezeki luas untuknya.
AL-QUDDUS
ﺍﻟﻗﺪﻮﺱ
Barang siapa berzikir “Ya-Quddus” 100 kali setiap hari, dirinya terlepas daripada segala kebimbangan dan kecemasan.

AS-SALAAM
ﺍﻟﺴﻼﻢ
Barang siapa yang mengulangi menyebut  “Yaa-Salaam” 160 kali di tujukan kepada orang yang sedang sakit maka insyaallah dapat menolong pesakit itu sembuh.
AS-SALAAM
ﺍﻟﺴﻼﻢ
Barang siapa membaca Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrah-matullah hiwabarakatuh 100 kali setiap hari, insyaallah dirinya mudah menghadapi sakratulmaut (kesukaran menghadapi ajal yang akan berpisah dari badan) dan mudah pula baginya melakukan segala pekerjaan.
AS-SALAAM
ﺍﻟﺴﻼﻢ
Barang siapa membaca“Salaamun Kau Lamin-Rabbir-Rahim”28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda,insyaallah dirinya terselamat daripada penyakit itu.

AL-MUKMIN
ﺍﻟﻤﺆﻤﻦ
Barang siapa mengulangi menyebut “Ya-Mukmin” insyaallah dirinya terselamat daripada sebarang bencana.
Barang siapa berzikir “Ya-Mukmin” insyaallah bertambah-tambah imannya.
AL-JABBAAR
ﺍﻟﺟﺑﺎﺮ
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Jabbaar”, insyaallah dirinya terpelihara daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselamat daripada kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.
AL-MUTAKABBIRﺍﻟﻤﺗﻛﺑﺮ
Barang siapa yang mengulangi menyebut  “Ya-Mutakabbir” sebelum menyetubuhi isterinya, insyaallah dirinya dikurniakan anak yang sihat dan soleh.
AL-BAARI
ﺍﻟﺑﺎﺮﻯ
Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ ” 100 kali siang dan malam, selama tujuh hari berturut-turut, insyaallah dirinya selamat daripada kebinasaan dan dia tidak berasa takut ketika dalam kuburnya kelak.
Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ “ 100 kali pada setiap malam hari selama tujuh malam berturut-turut, insyaallah sembuh segala penyakit dihidapinya.
AL-GHAFFAAR
ﺍﻟﻐﻔﺎﺮ
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Ghaffaar” akan diampuni Allah SWT segala dosanya
Barang siapa inginkan kemewahan harta, anak dan diberi rezeki yang berkat, maka hendaklah di lazimkan membaca “Astaghfirullah Innahu Kana Ghaffaaran” sebanyak 70 kali setiap hari, insyaallah di kabulkan segala keinginannya”.





AL-WAHHAABﺍﻟﻭﻫﺎﺏ
Barang siapa yang menyebut berulangan “Ya-Wahhaab” sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah, permohonannya dimakbulkan.

AR-RAZZAAQﺍﻟﺮﺯﺍﻕ
Barang siapa berzikir “Ya-Razzaaq” 20 kali selama 20 hari berturut-turut,     di lakukan pada awal pagi sebelum makan dan minum, insyaallah dia di beri kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara (ilmu).
Barang siapa yang berulang kali menyebut                “Ya-Razzaaq” maka Allah akan membantu usahanya agar berjalan lancar.

AL-‘ALIIM
ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-‘Aliim”, insyaallah hatinya akan disinari cahaya nur yang suci.

AL-QAABIDH
ﺍﻟﻗﺎﺑﺽ
Barang siapa berzikir “Ya-Qaabidh” 100 kali setiap malam Jumaat, insyaallah bertambah hampir hatinya kepada Allah.                                                                                








AL-BAASIT
ﺍﻟﺑﺎﺳﻁ
Barang siapa menyebut “Ya-Baasit” 10 kali pada waktu fajar dengan menadah tangan, kemudian menyapu ke mukanya maka dia dapat berdikari ( tanpa bergantung kepada orang lain ).
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ “ 70 kali setiap hari atau malam, insyaallah dirinya terselamat daripada orang zalim dan pencuri.
AL-MUDZILL
ﺍﻟﻤﺬﻝ
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mudzill” 75 kali, insyaallah dirinya dijauhkan daripada bencana dan orang yang ingin membinasakannya.
AL-‘AZIIM
ﺍﻟﻌﻅﻴﻢ
Barang siapa yang membaca berulang kali, insyaallah dirinya dimuliakan.
AL-GHAFUUR
ﺍﻟﻐﻓﻭﺭ
Barang siapa yang menghidap pening kepala, demam dan berputus asa lalu di baca berulang kali “Ya-Ghafuur” insyaallah sembuh penyakitnya.
Barang siapa yang mengamalkan sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah doa dan permohonannya di kabulkan.
AS-SYAKUUR
ﺍﻟﺷﻛﻭﺭ
Barang siapa yang menghidap sesak nafas, lelah (penat) badan atau daif matanya lalu menulis “Ya-Syakuur” 40 kali dan dihapuskan dengan air lalu di sapukan ke badan atau matanya dan juga di minum, insyaallah dia mendapat berkat daripadanya.
Barang siapa yang susah hati lalu membaca “Ya-Syakuur” 41 kali dan menghembuskan nafas ke dalam segelas air kemudian membasuh mukanya dengan air itu, insyaallah hatinya akan terang dan dia akan dapat menguasai dirinya.
AL-KABIIR
ﺍﻟﻜﺑﻴﺭ
Barang siapa yang membaca “Ya-Khabiir” 100 kali setiap hari, insyaallah akan beroleh penghormatan.
AL-HAFIIZ
ﺍﻟﺤﻔﻴﻅ
Barang siapa yang membaca “Ya-Hafiiz” 16 kali setiap hari akan dijauhi Allah daripada sebarang kecelakaan.
Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di hutan belantara bacalah “Ya-Hafiiz” 99 kali, dirinya selamat daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah SWT.
AL-MUQIIT
ﺍﻟﻤﻘﻴﺖ
Barang siapa yang membaca “Ya-Muqiit” berulang kali dalam segelas air lalu di beri minum kepada anak yang nakal, insyaallah perangai anak itu akan bertukar baik.
AL-HASIIB
ﺍﻟﺤﺴﻴﺐ
Barang siapa berzikir (mulai hari Khamis) “Ya-Hasiib” 77 kali selama tujuh hari dan pada awal pagi sebelum terbit matahari dan selepas waktu maghrib, insyaallah dirinya diamankan daripada segala yang di takutinya.
AL-KARIIM
ﺍﻟﻛﺭﻴﻡ
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Kariim”, insyaallah dia mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
AR-RAQIIB
ﺍﻟﺭﻗﻴﺐ
Barang siapa yang membaca “Ya-Raqiib”     7 kali, keluarga dan harta bendanya akan di jaga oleh Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Raqiib” 50 kali dengan niat meminta di pelihara daripada kejahatan yang tersembunyi, insyaallah dirinya terpelihara.
Barang siapa takut isterinya keguguran maka bacalah “Ya-Raqiib” 7 kali insyaallah janin (bayi) di dalam kandungan itu tiada gugur.
AL-MUJIIB
ﺍﻟﻤﺟﻴﺐ
Barang siapa yang membaca “Ya-Mujiib” berulang kali dan memohon sesuatu daripadanya, nescaya akan di terima Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Mujiib” 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyaallah dikabulkan doanya.
AL-HAKIIM
ﺍﻟﺤﻛﻴﻡ
Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hakiim” tanpa henti-henti dari semasa ke semasa, insyaallah dirinya tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.








AL-MAJIID
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
Barang siapa yang menyebut “Ya-Majiid” berulang kali, Allah akan menerangi jiwanya.
AL-BAA’ITS
ﺍﻟﺑﺎﻋﺙ
Barang siapa yang membaca “Ya-Baa’its” berulang kali, nescaya dirinya berasa takut kepada kekuasaan Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Baa’its” 100 kali ketika hendak tidur lalu melekapkan tangan di atas dadanya insyaallah di terangkan hatinya dan di beri ilmu dan hikmat.
AS-SYAHIID
ﺍﻟﺷﻬﻴﺪ
Barang siapa mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapa, apabila membaca “Ya-Syahiid” berulang kali kepada anaknya, insyaallah anak itu akan menurut perintah.
AL-HAQQ
ﺍﻟﺤﻕ
Barang siapa yang hilang sesuatu lalu menyebut “Ya-Haqq” berulang kali, insyaallah akan di temui semula barangnya yang hilang itu.
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Haqq” pada tiap-tiap malam insyaallah di tetapkan hatinya berbuat taat.
AL-WAKIIL
ﺍﻟﻭﻜﻴﻝ
Barang siapa takut angin kencang (ribut), petir dan seumpamanya, amalkan membaca “Ya-Wakiil” sebanyak mungkin, insyaallah dirinya terhindar daripada bahaya tersebut.
Barang siapa berzikir “Ya-Wakiil” 66 kali hingga 1000 kali pada setiap hari atau malam, insyaallah di bukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.
AL-MATIIN
ﺍﻟﻤﺗﻴﻦ
Barang siapa berzikir “Ya-Matiin” 10 kali ke atas anak-anak kecil lelaki atau perempuan, insyaallah mereka terpelihara daripada kejahatan zina.
Barang siapa yang menghadapi kesusahan lalu menyebut        “Ya-Matiin” berulang kali, insyaallah kesusahan yang di alaminya itu akan terhapus.
AL-WALIY
ﺍﻟﻭﻟﻲ
Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Waliy”, insyaallah dirinya berkemungkinan menjadi waliyyullah(orang yang menjadi kekasih Allah).
AL-HAMIID
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
Barang siapa yang menyebut “Ya-Hamiid” berulang kali insyaallah dirinya akan di kasihi dan di hormati.
AL-MUBDI’
ﺍﻟﻤﺒﺪﻯ
Barang siapa yang membaca “ Ya-Mubdi’ ” sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan mengandung yang takutkan keguguran, insyallah dia akan terhindar daripada bahaya tersebut.
Barang siapa membanyakkan berzikir “ Ya-Mubdi’ ” setiap hari siang dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyallah hartanya di banyakkan dengan tiada terkira jumlahn
AL-MU’IID
ﺍﻟﻤﻌﻴﺪ
Barang siapa yang membaca “Ya-Mu’iid” 70 kali di tujukan untuk seorang yang berjauhan dengan keluarganya, insyaallah orang itu akan pulang dengan selamat.
AL-MUHYI
ﺍﻟﻤﺤﻲ
Barang siapa yang menanggung beban yang berat lalu membaca “Ya-Muhyi” 7 kali setiap hari, insyaallah bebannya akan di ringankan atau terhapus sama sekali.
AL-HAYY
ﺍﻟﺤﻲ
Barang siapa yang berulang kali membaca   “Ya-Hayy”, insyaallah di panjangkan umurnya.
Barang siapa memperbanyakkan zikir “Ya-Hayy”, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehinggakan si pengamalnya selamat daripada sifat munafik, syirik, dengki, bongkak, dendam dan lain-lain sifat seumpamanya.
AL-QAYYUUM
ﺍﻟﻗﻴﻭﻡ
Barang siapa yang membaca                 “Ya-Qayyuum” berulang kali, insyaallah dirinya tidak akan menjadi lalai.
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Qayyuum”, insyaallah di hilangkan daripadanya tabiat tidur yang keterlaluan atau lalai.





AL-WAAHID
ﺍﻟﻭﺍﺤﺪ
Barang siapa yang membaca “Ya-Waahid” berulang kali ketika keseorangan dan di tempat yang sunyi, insyaallah dirinya terselamat daripada perasaan takut dan khayalan.

AS-SAMAD
ﺍﻟﺻﻤﺪ
Barang siapa berzikir “Ya-Samad”      125 kali waktu sahur, insyaallah zahir kebenaran pada hatinya.
Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 150 kali tiap-tiap hari, insyaallah kuat kehendaknya dan di tolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit dan kelaparan.
Barang siapa yang membiasakan berzikir “Ya-Samad” dan secara kebetulan dia kehilangan sesuatu barang, insyaallah barang yang hilang itu akan di perolehi kembali.

AL-QAADIR
ﺍﻟﻗﺎﺪﺮ
Barang siapa yang lazim membaca “Ya-Qaadir” berulang kali, insyaallah semua permintaannya akan di terima Allah.

AL-MUQTADIR
ﺍﻟﻤﻗﺘﺪﺮ
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Muqtadir” 100 kali setiap ketika bangun tidur, insyaallah dirinya dalaminayah dan petunjuk Allah Taala SWT.

AL-MUAKHKHIR
ﺍﻟﻤﯘﺨﺮ
Barang siapa membaca “Al-Muakhkhir” 100 kali dalam hatinya setiap hari, dirinya hanya menaruh cinta kepada Allah. Dia tidak akan di ganggu oleh perasaan yang lain.

AL-AWWAL
ﺍﻷﻭﻝ
Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Awwal”ketika memulai tiap-tiap pekerjaan, insyaallah pekerjaan yang di lakukannya mencapai kesempurnaan.

AL-AAKHIR
ﺍﻻﺨﺮ
Barang siapa membaca “Ya-Aakhir” berulang kali, insyaallah dirinya akan memperoleh kehidupan yang baik. Pada akhir penghidupan, dia akan menemui maut dengan keadaan yang baik juga.

AL-BAATIN
ﺍﻟﺑﺎﻄﻦ
Barang siapa yang membaca “Ya-Baatin” 3 kali setiap hari, insyaallah dirinya akan dapat melihat kebenaran sesuatu perkara.
Barang siapa berzikir “Ya-Baatin” 33 kali tiap-tiap hari, insyaallah dirinya di jadikan daripada golongan ahli yakin.

AL-WAALI
ﺍﻟﻭﺍﻟﻲ
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Waali” ketika takut bahaya atau petir, insyaallah dirinya berasa aman.

AL-BARR
ﺍﻟﺑﺮ
Barang siapa yang membaca “Ya-Barr” berulang kali kepada anaknya, insyaallah dirinya akan terlepas daripada sebarang kecelakaan.
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Barr”, insyaallah berhasil baginya kebaikan yang besar.

AT-TAWWAABﺍﻟﺘﻭﺍﺏ
Barang siapa membaca “Ya-Tawwaab” berulang kali, nescaya taubatnya di terima Allah SWT.
Sesiapa yang membanyakkan membaca “Ya-Tawwaab”, nescaya             di permudahkan baginya jalan kembali yang benar dan di redhai Allah SWT.

AL-‘AFUWW
ﺍﻟﻌﻔﻭ
Barang siapa yang membaca “Ya-‘Afuww” berulang kali,nescaya semua dosanya di ampunkan oleh Allah SWT.
Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-‘Afuww” 156 kali atau lebih tiap-tiap hari siang atau malam, insyaallah di bukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan.

MAALIKUL-MULK
ﺍﻟﻤﻟﻚ  ﻤﻟﻚ
Barang siapa membaca “Ya-Maalikul-Mulk” berulang kali, insyaallah dirinya akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.










-RAAUUF
ﺍﻟﺮﺀﻭﻑ
Barang siapa berzikir “Ya-Raauuf” 10 kali ketika marah atau di marahi orang ataupun berada di sisi orang marah lalu membaca selawat “Allahumas Sali-aala-Muhammad” 10 kali, insyaallah    di hilangkan perasaan marahnya atau kemarahan orang lain.
Barang siapa yang banyak berzikir “Ya-Raauuff” setiap hari pada waktu siang dan malam, insyaallah sesiapa sahaja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan mereka bersedia memberikan pertolongan. Zikir ini amat berguna bagi semua peringkat masyarakat golongan manusia yang mencari keredaah Allah di muka bumi ini.
AL-JAAMI’
ﺍﻟﺠﺎﻤﻊ
Barang siapa kehilangan sesuatu, maka hendaklah dia berzikir  “ Ya-Jaami’ ” sebanyak-banyaknya, insyaallah di kembalikan atau di gantikan sesuatu yang hilang itu dengan segera.
Bagi ibubapa yang kehilangan anak, sama ada lari dari rumah atau merantau tanpa pengetahuannya (ibubapa), jika ibubapa itu membaca “ Ya-Jaami’ ” sebanyak mungkin, nescaya anaknya akan pulang semula ke pangkuannya berkat pertolongan Allah SWT.
AL-MUGHNI
ﺍﻟﻤﻐﻧﻰ
Barang siapa yang membaca “Ya-Mughni”10 kali selama              10 kali Jumaat, insyaallah dirinya akan beroleh rezeki yang cukup.
Barang siapa berzikir “Ya-Mughni” dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyaallah kian mendalam kasih isterinya.
AD-DHAAR
ﺍﻟﺿﺎﺮ
Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca “Ya-Dhaar” berulang kali pada malam Jumaat, darjatnya ditinggikan oleh Allah SWT.
Barang siapa berzikir “Ya-Dhaar” 100 kali tiap-tiap malam Jumaat, insyaallah dirinya di hampirkan kepada rahmat Allah SWT.

AL-NAAFI’
ﺍﻟﻧﺎﻔﻊ
Barang siapa membaca “ Ya-Naafi’ ” selama empat hari beberapa banyak yang boleh, insyaallah dirinya tidak akan di timpa bencana.
Barang siapa (suami) berzikir “ Ya-Naafi’ ” dalam hati ketika berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyaallah bertambah kasih isterinya dengan mendalam dan di berikan Allah anak yang soleh.
Sesiapa yang berdukacita dan di jangkiti penyakit, cubalah amalkan membaca      “ Ya-Naafi’ ”, insyaallah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.
AN-NUUR
ﺍﻟﻧﻮﺮ
Barang siapa membaca “Ya-Nuur” berulang kali akan mendapat cahaya Illahi dalam dirinya.
Barang siapa berzikir “Ya-Nuur” tiap-tiap hari, siang atau malam, insyaallah di terangkan hati dan anggotanya.
AL-BAAQI
ﺍﻟﺑﺎﻗﻰ
Barang siapa yang membaca “Ya-Baaqi” 100 kali sebelum matahari terbit, insyallah dirinya terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayat dan akan kekal beroleh keampunan di akhirat kelak.
Barang siapa berzikir “Ya-Baaqi” sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyaallah kedudukannya (pangkat) tidak tergugat dan jika dia sebagai usahawan, perniagaannya tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat yang tidak terkira oleh manusia.
AL-WAARIS
ﺍﻟﻮﺍﺮﻴﺚ
Barang siapa membaca “Ya-Waaris”,insyaallah umurnya panjang.
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Waaris” 100 kali sebelum terbit matahari tiap-tiap hari, insyaallah tiada sesuatu pun yang dapat memberi mudarat pada jasadnya (anggotanya).
AS-SABUUR
ﺍﻟﺼﺑﻮﺮ
Barang siapa berzikir “Ya-Sabuur” 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum terbit matahari, insyaallah dirinya terhindar daripada bala pada hari itu.







No comments:

Post a Comment