Thursday 11 April 2013

Follow-up check-up Aqeelah di IJN

Semalam pegi check-up Aqeelah di IJN, appointment dengan Dr Hasri Samion, Senior Consultant & Head of Paediatric Cardiology Department, Clinical Director of Paediatric Electrophysiology & Pacing, IJN. Kenapa aqeelah kena jumpa Dr Hasri kali ni, sebab Dr Hasri specialist on heart rhythm.

Appointment kul 10am, tapi mcm biasa, nak mengharung traffic jam dari Shah Alam, kitorg kuar rumah kul 7am. By 8.15am, dah sampai IJN.

Itupun, kul 11am baru dapat jumpa Dr Hasri. Patient yg ke-5.. Dr Hasri kata, heart rhythm Aqeelah dah getting better, compare masa dia masuk ICU Jan lepas. Alhamdulillah.. penerangan dari Dr Hasri, sangat terang & jelas. Sebab  kenapa Aqeelah boleh terkena VT & apa langkah seterusnya yg perlu diambil...

Pakar2 mengesyaki Aqeelah terkena VT kesan daripada operation repair jantung Nov thn lepas.. kemungkinan besar luka & parut tempat jantung yg jahit tu, terkena kuman &. Untuk mengesahkannya, perlu buat satu lagi procedure, dengan memasukkan kamera di dalam badan. Dr Hasri tak rekomen buat prosedur itu, sebab perlu tanggung risiko VT, kerana luka & parut yg baru akan terhasil.

Memandangkan heart rhythm dah semakin ok, Dr Hasri cadangkan supaya meneruskan pengambilan ubat Amiodarone. Ubat2 lain dah tak perlu ambil lagi.

Tapi, Amiodarone ni pulak, ada risikonye jugak.. ada side effect kepada mata & tiroid.. so, kena buat regular check-up, at least every 6 months..

Detail info mengenai Amiodarone, sila klik di sini.

"Ya Allah, sembuhkanlah Aqeelah sepenuhnya. Lindungilah dirinya dari penyakit2 lain. Berilah kekuatan kepada kami bagi menghadapi ujian dariMu. Sesungguhnya, kami redha atas segala ketentuanMu. Kurniakanlah yg terbaik untuk kami sekeluarga. Aameen..."



1 comment: