Sunday 20 January 2013

Ujian Allah di permulaan tahun 2013...

Aisey... dah nak masuk hujung Jan 2013, baru la dpt jengah blog ni... terlampau bizi... macam2 perkara terjadi sejak awal tahun aritu... Sebab sepanjang bulan Dec 2012 kitorg tak pegi ke mana-mana lepas Aqeelah operation, dan memandangkan Aqeelah dah nampak sihat, jadinya saya plan dengan abah, kitorang nak tido kat KL, sambut New Year kat sana, dinner & tengok bunga api (dari bilik hotel je la..)

Tapi, kita hanya merancang, Allah yg menentukan... Plan nak tido KL memang on. Semua berjalan lancar.. tapi end up Aqeelah masuk ICU kat IJN, 2hb Jan aritu... nnt2 la saya cerita apa sebenarnya yg terjadi... besar sungguh ujianNya terhadap keluarga saya... namun, syukur alhamdulillah, Aqeelah dah kembali sihat dan dah mula bersekolah sejak 15hb Jan.

Dengan Yus ada exam awal Jan tu, pastu kena pulak pegi outstation setiap hujung minggu, jadinya saya memang amat2 sibuk dengan urusan anak2 masa wiken, termasuk la berulang-alik Beranang utk mengubatkan Aqeelah. Aleesya pulak, tiap kali yus outstation, dia mesti buang air besar lebih 5 kali sehari... kebetulan waktu tu, dia beralih bulan... lagi la membuatkan saya risau.. sampai luka2 punggung dia, nangis2 taknak cuci buntut... Syukur alhamdulillah ada Oya, mak & abah yg sudi membantu menjaga Haziq & Aleesya semasa saya bertungkus-lumus menguruskan hal2 Aqeelah.

Nasib baik juga la kerja tak berapa banyak di opis.. ofismate & bos amat memahami keadaan saya...

Mama doakan semoga Aqeelah, Haziq & Aleesya sentiasa sihat & dilindungi Allah swt....

No comments:

Post a Comment