Tuesday, 5 February 2013

Kisah Aqeelah di Mingguan Wanita keluaran 8-14 Feb 2013

Cepat sungguh masa berlalu... dah masuk bulan Feb dah... tapi saya suka Feb.. sebab birthday saya di bulan Feb.. ;D

pastu ada banyak pulak cuti umum di bulan Feb.. hari wilayah, chinese new year... (mode: gumbira..)

update sikit pasal Aqeelah.. last weekend dah jumpa pak aji beranang.. alhamdulillah, aqeelah semakin sihat.. jantung ok, peparu ok, darah pun ok.. cuma tinggal sikit je la lendir di kepala bahagian kiri.. size dlm 1 inci.. menurut pak aji, kalau dibiarkan lendir tu, boleh menyebabkan stroke bila Aqeelah besar nanti.. pak aji nasihatkan kitorang supaya terus berusaha untuk sembuhkan Aqeelah sepenuhnya.. insyaallah, 18 Feb nanti, kami akan ke Hospital Serdang untuk buat MRI or ct scan..

ok. berbalik pada tajuk entry hari ni... Kisah Aqeelah di Mingguan Wanita keluaran 8-14  Feb 2013.. sila la baca ye.. wartawan tu interview kami masa Aqeelah warded kat IJN 3 Jan 2013 yg lalu.. lepas perasmian Wad Melur IJN... thanks to Syarikat Takaful Malaysia Bhd, majikan suami saya, yang menanggung sepenuhnya perbelanjaan pembedahan Aqeelah dan juga susulan rawatan yang diperlukan oleh Aqeelah.. jasa baik pihak STMB amat2 kami hargai...




dalam 2 minggu lepas, ada kuar gambar dlm Utusan Jawi.. (paper kecik dalam Utusan Malaysia).. juga sempena perasmian Wad Melur IJN...





Sunday, 20 January 2013

Cardiac Diet for Patients

Semasa discaj, doktor2 tak bagitahu pun, pantang-larang makanan utk Aqeelah. Cuma doktor kata, elakkan junk food. Makanya, saya take for granted, tidak begitu beri perhatian, apa yg boleh dimakan & tak boleh dimakan oleh pesakit jantung seperti Aqeelah. Aqeelah amat suka minum ice blended mocha, cappucino, chocolate, makan lauk daging, udang, sotong, ayam goreng, potato chips, seperti mana kanak2 lain. So, bila dia mintak nak makan benda2 tu semua, saya layan kan aje la.. cuma lepas operation bulan Nov 2012, saya pantangkan dari makan makanan yg gatal, especially makanan laut. Sebabnya doktor pun kata, boleh makan apa saja... Selepas Aqeelah dimasukkan ke ICU, barulah saya luangkan masa, buat research serba-sedikit kat internet. Rupa-rupanya, banyak yg dia tak boleh makan, or kena kurangkan pengambilan makanan yg dia suka tu... menyesal saya sebab tak buat research ni terlebih dahulu, terlalu sibuk dengan hal2 lain, maka benda-benda yg penting ini saya terlepas pandang. Syukurlah Allah masih sayangkan saya, diberi peluang kedua untuk berubah menjadi ibu yg lebih baik dari sebelumnya...

Di sini saya ingin berkongsi fakta yg saya perolehi hasil dari "research" saya dari en gugle...

The cardiac diet restricts the intake of cholesterol, saturated fat and sodium. Some doctors also recommend that patients with cardiac disorders limit their intake of caffeine. Following these dietary restrictions reduces the risk of heart attack, high blood pressure, stroke, coronary artery disease and other serious heart conditions. Discuss your diet with your doctor to determine the right combination of foods for your heart health.

CholesterolThe liver produces cholesterol to help the body make hormones and cell membranes. Cholesterol also comes from the foods we eat, making a low-cholesterol diet important for controlling total cholesterol levels. The cardiac diet restricts the intake of cholesterol by limiting the consumption of high-cholesterol foods. Foods to avoid include whole eggs, sweetbreads, fried foods, shellfish and foods high in saturated fats.

 
FatsFats also affect the amounts of total cholesterol and low-density lipoprotein ("bad" cholesterol) in the blood. Unsaturated fats, also known as good fats, actually improve the levels of cholesterol in the blood. They also promote normal heart rhythm and reduce inflammation, according to the Harvard School of Public Health. Good fats include monounsaturated fats and polyunsaturated fats. Canola oil, olive oil, avocados, peanut oil, almonds, pecans and pumpkin seeds contain high concentrations of monounsaturated fats. Polyunsaturated fats include omega-3 fats, which come from fish, flax seeds, canola oil and walnuts.
Bad fats, also known as saturated fats, increase cholesterol levels. Since the body produces all of the saturated fat it needs to function, humans do not need to eat saturated fats in their diets. The cardiac diet restricts the intake of saturated fats to reduce the risk of serious heart problems. Decatur Memorial Hospital recommends limiting your saturated fat intake to less than 7 percent of your daily calories. Avoid seafood, meat, whole-milk dairy items, coconut and poultry with the skin.
SodiumSodium makes the heart work harder by causing the body to retain water. The extra water in the blood vessels forces the heart to pump harder to get blood to all of the organs and tissues. This increases blood pressure, which increases the risk of heart attack and stroke if not treated. The cardiac diet limits the amount of sodium you consume each day. Your doctor will tell you how much sodium to include in your diet. Avoid high-sodium foods such as potato chips, pretzels, canned vegetables, canned soups, frozen meals, processed or cured meats, fast food and soft drinks.
CaffeineCaffeine increases heart rate, which poses serious risks for those who have had a heart attack. If your doctor recommends that you restrict caffeine intake, avoid regular coffee, caffeinated soft drinks, energy drinks and chocolates that contain high levels of caffeine. Replace these items with decaffeinated coffee, Sprite, Sierra Mist, root beer and orange soda.

TipsFollowing the cardiac diet does not mean you have to give up all of the foods you enjoy. Use healthy cooking techniques to avoid adding fat and cholesterol to your meals. Eat fresh fruit, unsalted popcorn, raw vegetables and low-fat yogurt instead of snacks that contain sodium and saturated fat. Replace whole eggs with egg whites or egg substitutes.



Read more: http://www.livestrong.com/article/96067-cardiac-diet-patients/#ixzz2HMXOHw9e

Kisah Aqeelah...

Kronologi penyakit jantung Aqeelah...

Sebenarnya, Aqeelah ada penyakit jantung. Sejak dia lahir, doktor kesan structure jantung dia tak normal. Injap belah jantung kanan dia kebawah sikit, tak selari dgn injap belah kiri. tu sebab bila dia minum susu, bibir dia akan jadi biru. 2 Dec 2005, umur dia 2 hari dah masuk IJN, pastu umur 9 hari, doctor buat minor operation, buat stenting kat jantung dia. Doktor masukkan mcm satu spring kat salur darah dia yg mengalirkan darah beroksigen ke jantung belah kiri. Purpose spring tu, utk membesarkan salur darah tu. 2-3 hari aqeelah kat icu, total nak dekat 2 minggu jugak la i ulang-alik ke IJN dr rumah. Rumah i kat Shah Alam. Sebab i ceasor masa bersalinkan aqeelah (kedudukan aqeelah melintang masa i pregnantkan dia), makanya I tak larat nak jaga dia 24 hours kat IJN. Siang I jaga, malam mak mertua I yg tolong jagakan. Doktor kata, operation tu hanya temporary solution, aqeelah tetap kena buat major operation utk betulkan jantung dia tu. Bila? Semuanya bergantung pada keadaan badan dia nanti. So, tiap2 tahun, I & husband akan bawak aqeelah pegi follow-up check-up kat IJN. Alhamdulillah, sehingga umur dia 6 tahun, dia tak mengalami apa2 kompilasi yg serius. Setakat demam, batuk, selsema, biasa la kan..  Dia sangat aktif dan bijak, walaupun kadang2 nampak dia cepat letih bila terlampau aktif.

Sehinggalah pada bulan April 2012, macam biasa, kitorg bawak dia pegi check-up kat IJN. Doktor kata, dah tiba masanya untuk Aqeelah buat major operation. Sebab stenting tu dah tak boleh bertahan lama lagi dah. Oksigen dalam badan Aqeelah semakin kurang. Doktor bg appointment, 9 May 2012, utk Aqeelah masuk IJN, utk buat tube test. Test tu utk melihat, keadaan organ2 dalam badan dia, samada dah sesuai utk buat operation tu ke tak. Masuk kamera ikut urat peha. 3 hari berkampung kat IJN, doctor kata, tubuh Aqeelah dah ready utk operate. Tapi diorg tak boleh buat sekarang, sebab specialist utk 3D scan, pegi umrah. Scan 3D tu utk menentukan apakah jenis operation yg terbaik utk jantung dia. So, kena tunggu next appointment, 13 Sep 2012.

Cuti sekolah bulan 5 tu, kitorang siap pegi bercuti kat Pulau Perhentian. Snorkeling, mandi laut.. memang favourite Aqeelah, juga hobi kami semua. Pastu I siap beli tiket pegi Koh Samui bulan Sep tu, 2 hari lepas check-up tu.

13 Sep 2012, pegi IJN utk buat 3D scan. Doktor kata, sepatutnya kena buat operation 16 Sep 2012. Tapi sebab specialist yg nak operate tu pegi outstation 2 minggu, makanya, kena postpone lagi. Selamat la kitorg pegi bercuti ke Koh Samui.

Finally, doktor bg date, 25 Nov 2012 utk operate. Sempat jugak le kitorg pegi bercuti ke Guangzhou awal cuti sekolah tu. Tapi risau jugak le, sebab doctor kata, make sure jgn demam, batuk or selsema sebelum masuk wad. Sebab kalo sakit time tu, diorg takleh buat operation. Alhamdulillah, dia sihat sepanjang masa tu.

So, 25 Nov masuk IJN, ambik darah, buat x-ray. 26 Nov, doctor bgtau, esok dah boleh buat operation. 3 jam operate, 2 hari dlm ICU. Pastu discaj 4 Dec. Alhamdulillah, doctor kata xde apa2 kompilasi. Keadaan jantung agak lemah, biasa la, sebab lepas operate. Doctor suruh rehat, bg MC 6 minggu. Hmmm.. bukak sekolah, Aqeelah masih dalam MC. Mak mentua I tolong jaga Aqeelah kat rumah I. Doktor kata Aqeelah takleh lasak sgt, makan kena jaga, jgn makan benda yg gatal2, persekitaran kena bersih, ubat kena makan ikut timing. Sebab baru lepas operate, senang nak kena infection.

Alhamdulillah, sepanjang masa kat rumah, dia ok. Biasa la budak kan, mana nak dok diam. Turun naik tangga, menjerit2 gaduh dengan abang dan adik dia, pastu sibuk nak main basikal, main tu, main ni.. nak makan sushi la, donut la.. Cuma ada satu hari tu, dia makan chocolate byk sgt.. pastu dia muntah 2 kali. Chocolate favourite dia jugak. Lepas muntah, tak nak makan chocolate lagi.

29 Dec, husband I (Yus) kena gi outstation. Mak mentua pun ada hal kat Seremban, so my sister & I, bawak anak-anak I keluar lunch kat Serai Empire Mall.  Sebab nampak Aqeelah dah ok, lagipun dah sebulan dia tak keluar jenjalan, sejak operate. Aqeelah pakai face mask masa keluar tu. Ye la, kat luar tu kan banyak habuk, at least pakai face mask, bertapis la sikit kuman2 yg ada tu. Kitorg kuar kejap je. Dalam 2 hours. Sebelum balik rumah, Aqeelah kata dia teringin nak minum Chatime, perasa Cappuccino. So, kitorg beli kan la.

30 Dec, ada kenduri kawin sepupu i kat Ampang. Kitorg pegi jugak. Aqeelah makan sikit je, nasi kenduri. Sebab panas sangat, so, lepas makan, kitorang dok dalam kereta, tunggu parents I salam2 dgn sedara. Lepas tu, kitorg singgah solat Zohor kat R&R Awan Besar. Aqeelah stay dalam kereta dgn I. Father i belikan ayam goreng kampung. Dia makan sikit. Pastu kitorg pegi Subang Parade, makan cake kat Secret Recipe. Lepas tu, Aqeelah nak Chatime lagi. Layan kan je la...

31 Dec, I book bilik kat Dorsett Regency, KL. Kengkonon nak tengok bunga api new year nnt. So, my family, dgn my parents & adik I, ikut sekali. Pagi tu, kitorg siap pegi Tesco (beli pampers anak I, ada sale). Pastu g IJN, ambik bekalan ubat Aqeelah. Sementara tunggu dalam kereta kat parking IJN tu, (Yus je yg keluar ambik ubat), Aqeelah kata lapar & nak makan Subway yg I beli kat Tesco td. So, dia makan la subway tu, nak dekat separuh jugak dia habiskan. Lepas ambik ubat, kitorg singgah CIMB, my father nak bayar duit kereta. Kitorg tunggu dalam kereta jugak.

Dah dekat kul 11.45am, kitorg decide nak lunch kat warung ikan bakar Pak Din kat Jln Tanglin, Bukit Aman. Sampai je tempat makan tu, Aqeelah kata dia rasa nak muntah. So I bawak dia g muntah kat sinki. Keluar sikit subway yg dia makan tu. Dia makan sikit je nasi & ikan talapia bakar, agaknya dah kenyang makan subway td. Sebelum pegi hotel, Aqeelah muntah lagi sikit.

Lepas lunch, I beli buah mangga muda & jambu. Aqeelah makan jambu tu sikit. Check-in, terus masuk bilik. Berebut Aqeelah & abang dia nak mandi dalam bath tub. Lepas sorang2 berendam dalam bath tub tu. Ye la, rumah takde bathtub, jakun sikit la kan… hahaha..

Petang tu, abang & adik Aqeelah pegi mandi kat swimming pool. Aqeelah I tak bagi dia mandi, sebab takut air kolam tu bukannya bersih sgt. Byk kuman kan. So, dia tengok je la budak2 tu mandi. Kesian Aqeelah. Takpe, nnt Aqeelah dah sihat, mama bawak aqeelah mandi kolam tiap2 minggu.

Aqeelah : Lapar la ma... order la makanan.

I pun mintak Yus order makanan, sebab malam nanti nak heavy dinner, makanya Yus orderkan french fries & orange juice. Tak sempat makanan nak siap, budak2 ni dah kesejukan. Semua dah taknak mandi dah. So, kitorg makan dalam bilik je. Lepas makan je dlm 5 minit, Aqeelah mengadu nak muntah lagi. Habis keluar segala french fries. Sejak tu, bila Aqeelah minum je, walaupun sikit, mesti muntah. Makan ubat pun, lepas tu muntah. Malam tu, Aqeelah tak berselera sangat nak makan. Sikit je dia makan, pastu kuar masuk toilet.

Masa tu, I dah rasa, Aqeelah macam terkena food poisoning. Nak bawak jumpa doktor, kitorang tido hotel masa tu. Malas nak balik Shah Alam (dah biasa dgn klinik kat Shah Alam je). So, kitorg rest kat bilik je malam tu. Tengok bunga api pun dari dalam bilik je. Yus kata, Aqeelah tido tak lena malam tu. Asyik gelisah je. I tak sedar, sebab kepenatan melayan adik dia.

1 Jan 2013, bangun pagi, Aqeelah nampak ok. Dia taknak makan apa2, tapi sebab nak kena makan ubat, so kitorg suruh dia makan roti je, buat lapik perut. Dia makan la sekeping, lepas tu makan ubat. Few minutes lepas tu, dia muntah balik. Yus pesan kat dia, katanya, jangan dilayankan sgt muntah tu. Aqeelah cuba tahan dari tak muntah, tapi last2, after 10 minutes, muntah jugak. Melambak atas katil.

Sepanjang pagi, Aqeelah rest dalam bilik. Makan breakfast nasi lemak & ayam goreng, pun muntah jugak. Lepas check out, kitorg pegi rumah adik Yus kat Sentul. Nak melawat dia sebab dia baru lepas accident semalam. Diorg takde apa2, cuma anak no 2 dia, luka sikit kat kepala. Kebetulan mak mentua pun nak pegi sana, so kitorang gather kat sana je. Dalam kereta, Aqeelah muntah lagi.

Sampai rumah Pak Ngah (panggilan utk adik Yus) Pak Ngah urut Aqeelah. Banyak angin dalam badan Aqeelah. Nenek (mak mentua) pun tolong ubatkan dan hembus2 Aqeelah, sebab nenek kata, Aqeelah ni “tertegur”. Maybe sebab kitorang makan bawah pokok warung Pak Din tu, tengahari buta. Memang kaki dia sejuk. Badan ok, tak sejuk.

Lepas diubat & dirawat, Aqeelah nampak segar sikit. Makan pun ada selera sikit. Tapi lepas makan, muntah lagi.

Kebetulan family Yus nak pegi melawat mak sedara diorg kat Selayang. I berat taknak ikut, nak bawak Aqeelah pegi klinik. Tapi sebab Yus kata, takpelah, kita pegi je. Kita makan sana, takyah masak dinner. So, I suggest bawak pegi klinik kawan sekolah kat Selayang. Sms kawan i tu, dia reply, husband dia ada kat klinik. Alhamdulillah, so kitorang pun terus pg klinik dia. Sampai klinik, nurse kata, doktor masuk kul 5pm. Adoi. Masa tu baru kul 4pm. Malas nak tunggu, I pun mintak je la ubat tahan muntah & ubat angin.

Sampai rumah Mak Andak, terus bg Aqeelah makan ubat2 tu. Aqeelah nampak lemah je. Masa ni I nampak heart beat dia laju. Maybe sebab muntah2 tu. Pastu tak makan seharian pulak. Lepas setengah jam makan ubat, Yus suapkan Aqeelah makan. Makan bubur nasi. Habis jugak la semangkuk. Pastu muntah lagi.

Kul 6, kitorang balik Shah Alam. Sampai rumah, macam biasa, makan ubat kul 8, pastu dia muntah jugak. Lepas tu, dia terus tido.

2 Jan 2013. Pagi ni, Yus plan nak bawak Aqeelah pegi sekolah, nak kenalkan dia kat cikgu kelas & tunjukkan kelas dia kat mana. Pastu nak bagi MC slip kat cikgu. Sebab Aqeelah masih MC sampai 14 Jan. Tapi, Aqeelah kata, dia tak larat nak bangun. So, Yus sorang je yg pegi sekolah, Aqeelah stay kat rumah opah (mak i). Abang dia (Haziq), I dah hantar dulu. I keje hari ni, sebab anak2 dah biasa dengan sekolah tu, malas la nak cuti.

Sampai ofis, I rasa tak sedap hati. I sms Yus, suruh dia bawak Aqeelah pegi klinik jugak, jumpa doktor. Pastu terus mintak refer letter, senang kalo nak bawak hospital kalo jadi apa2. Dalam kul 9.30am, Yus sms, kata Aqeelah kena masuk hospital, sebab dah lemah sangat. Kena masukkan air. So, doktor refer kat Columbia Asia, Bukit Rimau. I terus kemas barang, dari opis terus pegi hospital. 10 minit dah sampai hospital, laju giler I bawak kereta.

Aqeelah masuk Emergency Room. Doktor dah masukkan air kat dia. Pastu datang Paed, dia baca report surgery dari IJN. Pastu dia call Dr Adura kat IJN. Dr Adura kata, hantar IJN sekarang. Aduh, masa ni hanya Allah je la yg tahu betapa berdebarnya jantung I. Paed tu explain kat kitorg, heart rate Aqeelah tinggi. Masa tu, dah 180. Normal budak umur dia punya heart rate, max dalam 130.

So, I naik ambulance pegi IJN dgn Aqeelah. Dalam kul 11.10 bertolak, 20 minit dah sampai IJN. 1st time la I naik ambulance. Giler laju. Yus balik rumah dulu, ambik barang2 yg nak dibawa ke IJN.

Sampai ER IJN, register Aqeelah, pastu tunggu arahan doktor, nak bawak Aqeelah naik atas. Kul 12, doctor suruh hantar ke Wad Melor. Naik wad melor, I kena tunggu kat luar. Dah ada Guard la pulak kat pintu masuk. Guard tak bagi masuk. I tunggu dlm 10 minit, baru dapat masuk and jumpa Dr Adura. Dr Adura kata, diorang akan monitor Aqeelah. Nurse mula pasang wayar2 kat Aqeelah. Dah le wad tu baru bukak, nurse pun tak berapa pandai guna peralatan canggih tu. Lama jugak le diorg nak dapatkan heart rate Aqeelah. Dalam setengah jam jugak la menunggu. Masa ni Aqeelah tak rasa sakit apa2 pun. Lepas dapat bacaan tu, Dr Adura kata, Aqeelah kena VT. Apa VT tu, I pun tak tahu. Menurut Dr Adura, VT tu abnormal heart rate, terlalu tinggi dan tak stabil. Tak elok untuk jantung dia yg baru operate tu. Sebab masa kat ER IJN, heart rate dia rendah, dalam 80. So, Dr Adura kata, kena masuk ICU, sebab kat sana je doctor boleh buat treatment dgn ubat2 kat situ.. Dr Adura kata, mmg ada risiko utk dapat VT utk org yg baru operate jantung...


So, kul 12.57, Aqeelah ditolak masuk ICU. Ramai doctor dan nurse kat situ. Dalam 10 org. Diorg masukkan ubat untuk stabilkan heart rate dia. Lama jugak kitorang tunggu kat tempat ICU tu, dalam setengah jam, tak dipanggil lagi. Hati dah risau giler. Bateri hp pun dah kong. Nak surf apa VT masa tu pun tak dapat. Berdoa je la kitorg, semoga semua selamat. I beranikan diri, jengah dari jauh, tengok apa doktor2 tu buat. I tgk Aqeelah dah tak sedar dah. Berselirat wayar kat badan dia. Few minutes lepas tu, kami dipanggil doktor. Doktor bagitau, diorg dah cuba masukkan ubat utk stabilkan heart rate aqeelah, tapi tak berkesan. So, last solution, kena buat DC shock. Benda letrik yg letak kat dada tu. So, doktor mintak consent kitorang, sign form, pastu diorang akan buat. I tawakal je la masa tu. Air mata dah tak terbendung lagi. Rasa nak pengsan, tapi I kuatkan semangat. Dah le tak makan dari pagi (beli kuih, tapi tak sempat makan).

Dalam kul 4, doktor panggil, katanya, heart rate dia dah turun. Alhamdulillah... syukur... tapi dia masih belum sedar.. Bila kami tanya doktor, apa punca heart rate dia tetiba tinggi, doktor pun tak tau kenapa. Tapi diorg suspect, mayb sebab ubat yg dia makan. Macam overdose...  I tak rasa overdose, sbb kitorg bagi dia ubat ikut exactly dose yg doktor bagi.. hati i berat menyatakan mayb sebab benda2 yg dia makan sebelum tu... So, buat sementara ni, Aqeelah akan ditahan di PICU, sehingga keadaan dia stabil.

So, kitorang tinggalkan Aqeelah kat PICU, solat zohor dulu pastu g makan kat cafe. Sib baik Yus dah belikan makanan kat luar td, sebelum dtg IJN. Makanan kat cafe kebanyakannya dah habis. Kitorang lepak kat cafe IJN sambil charge hp memasing & menunggu sampai kul 6pm, waktu melawat PICU. Lepas solat Asar, jumpa mak yus kat ruang menunggu ICU. Adik ipar I ambik dia kat Seremban. Tepat kul 6pm, terus masuk jumpa Aqeelah. Alhamdulillah, Aqeelah dah sedar. Cuma dia mamai-mamai sikit la.. mungkin kesan ubat... Sampai kul 8pm, habis waktu melawat, baru I balik rumah dgn mak mentua. Yus pulak dapat sewa dorm kat IJN. Boleh la dia buat revision utk exam hujung minggu ni.

3 Jan 2013. Dalam kul 10 lebih, baru kami bertolak ke IJN. Sampai IJN kul 11 lebih, nurse kat PICU call, bgtau Aqeelah boleh kuar dr PICU & akan dimasukkan ke wad Melor. Alhamdulillah... dapat keluar dari PICU bermakna keadaan dia semakin pulih. Bila kitorg naik Wad Melor, tgk kat situ, macam ada event. Rupa2nya, ada perasmian pembukaan Wad Melor oleh Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari pukul 3pm arini... so, ada makan2 & press media sekali.. Macam biasa, Aqeelah tak boleh gerak banyak, sebab wayar2 & tube ubat masih belum ditanggalkan. Cuma skrg dia dah boleh makan macam biasa. Dah tak muntah lagi dah.

Dalam pukul 3 lebih, dengar kecoh2 kat lobi Wad Melor. Acara perasmian dah start la tu. Lepas tu, acara melawat kanak2 di Wad Melor. Dapat la Aqeelah salam dengan CEO IJN, dapat belon dan dapat masuk dalam Berita TV1 & Bernama (2-3 saat je pun… hahaha). Pastu ada sorang wartawan dari Mingguan Wanita, datang interview I & Aqeelah. Katanya, insyaallah cerita Aqeelah akan masuk Mingguan Wanita, 2-3 bulan lagi. Hmmm.. kita tunggu je la bila…

Ni gambar dalam Bernama, tapi caption nye salah… Nama pesakit dah bertukar... hihihi..

 
Ni caption yg betul.. sila scroll sampai bawah sekali ye..


Sampai habis waktu melawat kul 8pm, baru la saya & Yus balik rumah. Mak Yus tolong jagakan Aqeelah malam ni. Esok kitorang datang lagi..

4 Jan 2013. Banyak urusan yg perlu diselesaikan hari ni. Dengan road tax kereta dah nak mati esok, kitorang plan nak pegi renew insurance dulu, baru pegi melawat Aqeelah. Tapi dalam kul 7.30am, mak Yus dah call, bagitau doctor dah round wad tadi, kata boleh discaj arini. Aik, apsal cepat sgt? Dah ok ke? Rupanya ada berita kurang baik. Doktor nak jumpa kami berdua. Doktor kata, Aqeelah terkena jangkitan kuman, semua organ2 dalam badan dia sangat lemah sekarang. So, takde apa yg doctor boleh lakukan buat masa ni, hanya perlu bergantung pada ubat & berserah kepadaNya… dan doctor advice, utk bawak balik je Aqeelah ke rumah… Ya Allah, saya rasa nak pengsan waktu ni. Macam2 andaian dalam kepala ni. Tengok pulak Yus pun menangis, mesti chances Aqeelah is 50-50. Kitorang terus cancel plan nak renew insurance, dan terus bergerak ke IJN. Sepanjang perjalanan, saya berdoa semoga Aqeelah dapat bertahan. Jalan pulak sangat jem waktu tu. Nak ambik Federal Highway, kat Batu 3 je dah jem teruk. Yus masuk Subang Hi-Tech, keluar kat Subang USJ. Jem jugak… pastu masuk NPE, lepas keluar tol, jalan exit Bangsar dah jem teruk. Yus ambik jln Ampang/KLCC. Mula-mula OK, tak jem… tapi bila masuk Smart Tunnel je, terus jem… perjalanan yg sepatutnya dalam 30-45 minit je, terus jadi 2 jam lebih… sepanjang perjalanan tu saya baca Yasin dan berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kami ke IJN. Alhamdulillah, nak dekat kul 10 lebih baru kami sampai IJN.

Sampai IJN, terus naik wad & jumpa Aqeelah. Aqeelah nampak ceria, wayar2 semua dah dibuka. Nampak Aqeelah ceria, saya kuatkan semangat, cuba utk ceria juga dihadapan dia. Tapi di dalam hati, hanya Allah yg Maha Mengetahui. Kadang2, mengalir juga airmata ni, tapi saya cuba untuk tidak menangis di hadapan Aqeelah. Kami menunggu untuk berjumpa dengan doktor. Sehingga pukul 12 lebih, doktor tak datang2 lagi. Akhirnya, nurse bagitau, doktor ada meeting. Takpe lah, kitorg tunggu sampai dapat ubat & discaj letter. By 1pm, kitorg dah bertolak balik ke Shah Alam.

Dalam perjalanan, mak Yus suggest utk bawak Aqeelah berubat kat kg Beranang. Pak Aji yg kitorg jumpa dulu masa Aqeelah masih baby. Saya pun setuju je la. Since perubatan secara moden kitorg dah try, why not try cara conventional pulak. Lagipun, Pak Aji tu guna air & ayat Al-Quran je. Kita usaha je la, berdoa semoga diizinkan Allah supaya Aqeelah sembuh dan kembali sihat.

5 Jan 2013. Seawal 9.30am, kitorg bertolak dari Shah Alam, ke Seremban dulu. Sebab mak Yus nak settlekan urusan catering kawin Aboy nnt. Kesian pulak kat dia, sibuk risau pasal kesihatan Aqeelah, urusan kawin Aboy tergendala.. Pastu singgah rumah kat Seremban, makan lunch sikit (sib baik ayah ada masak, Aqeelah kelaparan..), terus pegi Beranang. 1st time le saya bawak kereta jarak jauh ni.. dah lama asyik jadi penumpang je.. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan olehNya. By 1.00pm, kami sampai di rumah Pak Aji tu. Nasib baik la mak Yus kenal wife Pak Aji tu, so dah siap mintak reservekan nombor utk kitorang. Kitorang dapat no 2. Lepas solat Zohor, dalam kul 2pm, baru Pak Aji tu mulakan sesi rawatannya.

Pak aji ni memang terror. Pak Aji tu hanya pegang nadi dan urat2 kat tangan, dia boleh tau, apa penyakit kita. Dan dia hanya menggunakan ayat2 Al-Quran je, pastu dia buatkan air tawar utk menolong kita menyembuhkan penyakit. Berbalik pada Aqeelah, Pak Aji bgtau, memang ada kuman dalam badan Aqeelah & organ2 badan dia sangat lemah. Dia kata, kenapa tak sambung berubat dgn dia masa baby? Kitorg hanya terdiam, sebab masa tu, saya tak berapa yakin yg Pak Aji ni boleh membetulkan keadaan structure jantung Aqeelah yg tak normal tu. Pastu sibuk pulak dengan urusan lain, kami tak terpikir nak sambung berubat dgn Pak Aji. Pada hal, tiap2 tahun lalu tepi rumah dia masa raya. Tapi, nak buat macamana ye, benda dah jadi. Sekarang ni, kami berusaha utk mengubati Aqeelah, dengan apa cara sekalipun, selagi yg tidak melanggar batas2 agama.

Pak Aji tu bagitau, selain penyakit jantung, Aqeelah pun berkemungkinan besar ada ketumbuhan di kepala. Pak Aji suruh kami pegi hospital utk sahkan perkara tu. Sebab Pak Aji tu tau, Aqeelah ada muntah2 & pening2 sebelum ni. Bukan setakat last week, yg dia muntah sampai masuk ICU tu, tapi muntah yg sebelum-sebelum ni. Memang kadang2 Aqeelah selalu mengadu pening kepala. kdg2 muntah, takde sebab. Masa dia darjah satu tahun lepas,  saya selalu ingat dia malas nak pegi sekolah dan buat alasan sakit kepala dan sakit perut. Bila dia muntah, baru saya rehatkan dia kat rumah mak. Tapi kalo tak muntah, hanya sakit kepala, saya akan paksa jugak dia pegi sekolah. Rupa-rupanya, itu simpton ada ketumbuhan di kepala. Lagi la bertambah risau saya. Tapi Pak Aji tu sangat cool, dia kata, insyaallah, boleh dirawat penyakit2 Aqeelah ni. Dia suruh datang lagi utk rawatan hari Rabu depan. Meaning, saya kena ambik cuti lagi, sebab Yus tak leh cuti, dia ada meeting penting. Takpe la, biar saya berkorban utk anak2...
Pak Aji tu bekalkan air yg sudah dibacakan dengan ayat2 Al-Quran, utk diminum Aqeelah sepanjang masa. Bila nak balik, baru mak Yus perasan, handphone dia takde. Call punya call, ayah yg jawap. Rupanya tertinggal kat Seremban. Dah sudah… patah balik ke kitorg ke Seremban.. berpusing2, sampai kul 5 lebih baru sampai Shah Alam balik.. penatnya seharian dalam kereta…

9 Jan 2013. Alhamdulillah, sebab pegi waktu bekerja, orang tak berapa ramai. Kul 11.30 kitorang bertolak dari shah alam, by 12.30 dah sampai rumah Pak Aji. Siap makan lunch dalam kereta & solat Zohor berjemaah. Hari ni dapat no 1. Pak Aji tu kata, ada sikit je lagi kuman dalam badan. Organ2 badan dah semakin kuat. Tapi ketulan di kepala masih ada lagi. Perlu datang lagi utk rawatan susulan. So, kitorg decide utk dtg hari Sabtu je.

12 Jan 2013. Kali ni, saya berdua je dari shah alam, dengan Aqeelah. Sebab yus outstation g kuching sabtu pagi tadi, mak Yus pulak dah balik Seremban dgn Aboy malam semalam. Kitorg janji jumpa kat rumah Pak Aji tu je nanti. Kali ni dapat no 3, sebab ada org lain dah book awal lagi. Takpe la, janji top 5, cepat sikit dpt buat rawatannya. Hebatkan Pak Aji ni, siap kena ambik no nak berubat dgn dia. Yg dtg pulak tu, bukan org yg dekat2… jauh2 semua nya… Pastu, sehari, dia allocate 30 nombor je. Kalo dah hbs semua no, makanya kena datang esok hari. Sebab rawatan dia dari kul 2pm-6pm je. Sabtu - Khamis. Jumaat tutup. Sabtu Ahad utk rawatan2 ringan, Isnin-Khamis, rawatan2 berat.

Saya ikut jalan Puchong-Semenyih. Kebetulan ada la pulak majlis BN kat Tesco Semenyih tu.. penuh dgn bas & rakyat MIC… jem le pulak kat situ… sib baik dapat sampai rumah Pak Aji sebaik masuk waktu Zohor..

 Masa jumpa Pak Aji tu, dia kata, Alhamdulillah, Aqeelah semakin sihat. Organ2 badan dah bertambah kuat, cuma ada cecair sikit dalam peparu. Kuman2 dah tak de, ketulan di kepala pun dah mengecut sedikit. Syukur ke-hadrat Ilahi, anak mama dah semakin sihat. Bila ditanya, boleh ke Aqeelah pegi sekolah? Pak Aji tu kata, dah boleh pegi sekolah dah.. suka aqeelah dapat pegi sekolah.. kita tunggu appointment dengan IJN dulu ye. Kalo doktor pun kata ok, boleh pegi sekolah, baru mama benarkan Aqeelah pegi sekolah. Tapi Aqeelah kena rajin makan ubat dan minum air yg Pak Aji tu bekalkan... Pak Aji tu mintak kami datang lagi hari sabtu depan, utk check cecair di peparu tu.

19 Jan 2013. Yus tak keje arini. So, kami bertiga pegi dari shah alam. Haziq & Aleesya tinggal kat rumah mak. Kebetulan mak ngah datang shah alam melawat mak, so, diorg buat makan2 sekali dgn makcu sefamily. Kali ni, Pak Aji tu bgtau, Alhamdulillah, Aqeelah dah sihat.. cecair dalam peparu dah takde, kuman pun dah takde, organ2 badan dah kuat, jantung pun dah ok. Cuma ketulan kat kepala tu je yg masih ada sikit lagi. Jadinya, kalo boleh, datang lagi jumpa dia sabtu depan, kalo kelapangan. Dia just nak tgk perkembangan Aqeelah. Tapinya sebab minggu depan Aboy nikah dan kenduri belah pengantin perempuan, so kitorg decide akan pegi rumah Pak aji sabtu lagi satu, 2 Feb 2103. Pak Aji tu pesan, jangan bagi Aqeelah main tengah panas /berpanas. Hmmm... kena jadi puteri lilin la anak mama ni... Orait Pak Aji, arahan diterima. Terima kasih atas jasa baik Pak Aji dan dengan izin Allah, Aqeelah dah semakin sihat...

15.01.2013 ~ Birthday Mak yg ke-63 & Aqeelah kembali ke sekolah..

15hb Jan, celebrate bday Mak yg ke-63 kat rumah. Kitorang just solat Maghrib berjemaah, baca Yassin & doa selamat & makan-makan... Semoga mak sentiasa sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia & dirahmati Allah...



First day ke sekolah, Yus hantar Aqeelah..  excited dia dapat jumpa kawan2 lama & cikgu2 baru.. alhamdulillah, cikgu dia bagi tempat duduk depan sekali.. bawah kipas.. tak le Aqeelah rasa panas sgt... Daddy pun dah brief cikgu, the do's & dont's utk Aqeelah... Pastu, setiap pagi, daddy akan hantar Aqeelah sampai ke kelas, utk tolong bawakan bag sekolah & bekalan makanan Aqeelah. Nasib baik ada locker kat kelas, boleh tinggalkan buku2 kat situ. Cuma buku yg ada homework je kena bawak balik. Waktu balik, Abang Haziq akan tunggu Aqeelah kat tangga, pastu sama2 balik dengan Atok.

Sehari sebelum tu (14hb), bawak Aqeelah check-up kat IJN. Patutnye appointment kul 3.10pm, tapi pukul 4.45pm baru dapat jumpa doktor. Kitorg tunggu dr kul 1.30pm... Appointment tu tulih, jumpa dengan Prof. Dato' Dr. Mohd Azhari Yakub (pakar bedah yg operate Aqeelah aritu) tapi rupa2nya jumpa doktor lain dari bahagian surgery. Takpe lah, maybe Dato' ada urusan lain yg lebih penting.. Anyway, doktor bgtau, Aqeelah dah ok. Tulang2 dia dah bercantum balik... Dah boleh pegi sekolah, tapi tak boleh lasak sangat. Kena jaga kebersihan, tak boleh bersukan & angkat barang berat... hmmm... banyak yg kena pesan kat cikgu kelas Aqeelah ni.. makan tak payah pantang dah... tp mama tetap nak limitkan, especially junk food... So, MC Aqeelah berakhir ari ni.. esok (15hb) dah boleh pegi sekolah... excited dia nak pegi sekolah, jumpa kawan2 & cikgu... next check-up, 18 Feb 2013 kat Hospital Serdang & 10 April 2013 kat IJN balik.

So, schedule mama pun dah berubah dah... pepagi sebelum subuh dah kena bangun, utk masakkan bekalan makanan Aqeelah. Mama taknak Aqeelah makan makanan yg diberi pihak sekolah, takut diorg masak guna bahan perasa. Biar la mama masak utk Aqeelah setiap hari. Cuma mama kena pikir, apa yg nak dimasak setiap hari... dan berdoa semoga tak mengantuk kat opis sebab lately mama asyik terbangun kul 3-4am.. sebab takut terlajak tido, mama bangun solat & mengaji, sampai pukul 5am, berenti kejap utk siapkan bekalan Aqeelah.

Pastu, pagi2 sebelum kuar rumah, kena make sure Aqeelah breakfast sikit utk makan ubat. Ini duty daddy. Schedule biasa makan ubat Aqeelah, 7am, 4pm, 8pm & 11pm. Sebab sekolah, then doktor bg ubahkan sikit schedule tu. 6.30am, 4.30pm, 8pm & 10pm. Ada 4 jenis ubat, ada yg sekali sehari, ada yg dua kali sehari, ada yg 3 kali sehari.. challenging betul nak ingatkan timing tu.. last2, Yus belikan bekas ubat, yg ikut days & time. siap potongkan siap2, so, tinggal makan je nanti... Pill Cruncher pun beli tau... tak tau pun ada benda ni.. selama ni, jenuh la tekan dgn sudu nak hancurkan ubat pil... sib baik nampak nurse kat IJN gunakan benda ni masa nak bg Aqeelah ubat pil.. kalo tak, sampai sudah lah kitorg tekan pakai sudu...


Ujian Allah di permulaan tahun 2013...

Aisey... dah nak masuk hujung Jan 2013, baru la dpt jengah blog ni... terlampau bizi... macam2 perkara terjadi sejak awal tahun aritu... Sebab sepanjang bulan Dec 2012 kitorg tak pegi ke mana-mana lepas Aqeelah operation, dan memandangkan Aqeelah dah nampak sihat, jadinya saya plan dengan abah, kitorang nak tido kat KL, sambut New Year kat sana, dinner & tengok bunga api (dari bilik hotel je la..)

Tapi, kita hanya merancang, Allah yg menentukan... Plan nak tido KL memang on. Semua berjalan lancar.. tapi end up Aqeelah masuk ICU kat IJN, 2hb Jan aritu... nnt2 la saya cerita apa sebenarnya yg terjadi... besar sungguh ujianNya terhadap keluarga saya... namun, syukur alhamdulillah, Aqeelah dah kembali sihat dan dah mula bersekolah sejak 15hb Jan.

Dengan Yus ada exam awal Jan tu, pastu kena pulak pegi outstation setiap hujung minggu, jadinya saya memang amat2 sibuk dengan urusan anak2 masa wiken, termasuk la berulang-alik Beranang utk mengubatkan Aqeelah. Aleesya pulak, tiap kali yus outstation, dia mesti buang air besar lebih 5 kali sehari... kebetulan waktu tu, dia beralih bulan... lagi la membuatkan saya risau.. sampai luka2 punggung dia, nangis2 taknak cuci buntut... Syukur alhamdulillah ada Oya, mak & abah yg sudi membantu menjaga Haziq & Aleesya semasa saya bertungkus-lumus menguruskan hal2 Aqeelah.

Nasib baik juga la kerja tak berapa banyak di opis.. ofismate & bos amat memahami keadaan saya...

Mama doakan semoga Aqeelah, Haziq & Aleesya sentiasa sihat & dilindungi Allah swt....

Thursday, 20 December 2012

20.12.2012

Takde yg apa yg menarik berlaku ari ni... dua hari kat Port Dickson, mengikuti kursus HR skills for Non-HR managers...

Nak sambung JJCP Koh Samui - Finale... tapi laptop tinggal kat opis... len kali la ye...

esok 21.12.2012.. jeng jeng jeng.. ramai yg berdebar menanti hari yg kengkonon "end of the world" ni...

mari kita muhasabah diri... dekatkan diri dengan Allah, mohon diampunkan dosa2 selama ini... dan dijauhi dari api neraka... kita hanya merancang, Allah yg menentukan...

Monday, 17 December 2012

Jalan-jalan cari pasal Sep 2012 - Episod Koh Samui - Part 2

Day 2 ~ 16 Sep 2012 ~ Chaweng beach - Lamai Beach

Seawal 5.15am, kitorang bangun solat subuh, then tido balik.. takde lah... hehehe... budak2 ni lepak atas katil sambil main game.. kat tv, semua citer dalam bahasa siam.. huhuhu.. ada la satu channel je rasanya, movie dia masih dalam bahasa omputih..
Dalam kul 6, kitorg kuar bilik, kononnya nak tengok sunrise kat pantai... tp matahari malu, tak kuarpun.. cuaca pun mendung je... sedar2, dah terang... sedey... so, kitorg jalan2 tepi pantai je.. menyedut udara pagi..




muka tak mandi lagi..

ni upacara apa ni??

opocot...

Dalam kul 7.50am, kitorang g breakfast… sementara nak tunggu van ambik nak pegi Koh Tao kul 8.30nnt.. biasa je la breakfastnye.. ada roti, telur rebus, pisang, tembikai, jus oren & mangga, kopi, teh...  yg lenlain, nasi goreng, bihun goreng, bubur, tak berani nak ambik.. was-was akan kehalalannya...


Dalam kul 8.20am, receptionist hotel dtg bgtau, pakej yg kitorg ambik terpaksa dicancelkan, sebab keadaan cuaca yg tidak mengizinkan dan laut bergelora... huhuhuhu... sedey lagi sekali... takpe lah, nak buat camna.. lain kali, jgn dtg bulan sep k..

Untuk mengisi masa, kitorang pun bermandi-manda je la kat laut depan hotel ni, dah penat kat laut, kitorg berendam pulak dalam kolam... memang tak ramai orang, so, laut dan kolam tu, kitorang concur...








Sampai kul 10 lebih rasanya kitorang bersuka ria, sampai la hujan turun dengan lebatnya.. kalo tak hujan, mau kitorg berendam lama lagi...

Sorang2 naik, bersihkan diri.. lunch arini kat bilik je.. menghabiskan bekalan nasi impit, sambal daging, serunding, roti, maggi etc, yang sepatutnya dimakan masa snorkeling.. huhuhu.. lepas makan, saya, oya & haziq kuar jenjalan, nak g ambik balik duit pakej snorkeling yg tak jadi tu... pastu nak survey restoran utk makan malam nanti... yus tak ikut, jaga aqeelah & aleesya sebab hujan masih lebat... baju hujan lak tak cukup, sebab rupa2 nya saya bawak 1 je baju hujan USS tu.. igtkan dah bawak semua.. hampeh..

Dah sampai kedai tour agent tu, tapi masih belum dibuka.. tulih bukak kul 10am, tapi dah kul 11 lebih ni, tak bukak2 lagi.. grrrrr... dah le duit byk sangkut kat situ..

Nampak kedai yg ada jual baju hujan (baju hujan pun mahal), saya beli sorang satu, termasuk untuk yus & aqeelah.. haziq tolong hantar baju hujan tu kat bilik, tapi yus taknak ikut sbb aleesya & aqeelah dah pengsan tido... last2 saya & oya decide utk jalan ke hadapan lagi, ikut mat2 saleh yg jalan kaki sebab saya masih tak puas hati, takkan la chaweng road ni, sikit tu je kedai2 nye...

Rupa-rupanya, jalan depan je lagi sikit, dalam 30 langkah dari kedai yg last kitorang berenti malam semalam, kitorang nampak deretan kedai yg sungguh banyak kat situ.. siap ada mc donald, starbuck, haagen dazs, subway, etc.. semua tak halal ye.... haziq sebenarnya masa ni dah tak larat nak jalan lagi, sebab kitorang berjalan nak dekat 1km.. or maybe more.. hehehehe... jenuh le dia merayu `Jom la balik, kaki haziq macam dah nak tercabut ni...’  kitorang pujuk, `Ala, sikit je lagi.. depan tu je..’  hahaha... percaya sangat la cakap org pompuan ni..  tu la, sape suruh nyibuk nak ikut td.. org pompuan ni kalo berjalan, nampak kedai bag, singgah... nampak kedai baju, singgah.. nampak kedai souvenir, singgah.. segala kedai nak masuk.. kat sini banyak jual bag imitation jimmy choo.. lawa2.. tapi rege boleh tahan.. kitorang tak try bargain, sbb tak bernapsu nak beli.. duit dah sangkut kat snorkeling tour tu..

pastu kitorg pun singgah gak kat setiap restoran kat situ, semata2 utk check menu, halal ke tak.. dan jawapan nye.... sudah pasti tak halal... tapi geram betul tengok banyak seafood fresh2 diorg jual kat situ.. bbq seafood... yum yumm... tapi ada sekali bbq pork.. erk!! Tu yg tak lalu tu... mengenangkan lemaks-lemaks ibab melekat kat tpt grill tu... uwek!! Rasa macam nak beli seafood tu, masak kat hotel... takpun, bawak periuk sendiri, suruh org kedai masak guna periuk kita... hahahaha...

memang sini la kawasan yg org kata happening di larut malam.. banyak bar, massage center kat sini.. mmg sejibik macam kat kuta & legian, bali..


muka stress...

fuh! leganya dapat duduk... ada aircond pulak tu...
jalan punya jalan, jumpa la kat area situ 2-3 kedai indian food, yg halal... hmmm.. takkan indian food lagi malam ni... kitorg melepaskan lelah kat haagen dazs (belanja haziq)... hujan pun dah berenti.. pastu kitorg naik tuktuk balik hotel.. 100baht 3 org.. sebab dah tak larat nak jalan kaki.. bila naik tuktuk, tak sampai 2 minit dah sampai hotel… Nampak kedai tour agent tu dah bukak, terus masuk kedai tu, nasib baik dapat duit balik… yeay! Pakcik kayo…

balik hotel, tido… sambil2 tu, kitorg tanya pakcik google, kat mana ada halal restoran kat koh samui ni.. sebab saya pernah terbaca, kat Lamai beach, ada a few halal restoran.. so, kitorg plan nak pegi Lamai beach utk dinner..

petang tu, kitorang mandi laut lagi… ye la, nak buat apa lagi kan? Dah dekat dengan laut. Berendam dalam laut je la kejenya... terasa rugi tak dapat pegi snorkeling tour tu.. huhuhu... alasan nak repeat ni.. tapi next time, taknak naik air asia.. naik firefly or bangkok airways, boleh terus sampai airport koh samui.. takyah naik bas & feri bagai…. Lesson learnt..

yeay! mandi laut lagi...


tgk budak kecik ni... tak nak org pegang dia..

aqeelah sakit gigi ke?

mandi kolam pulak...
 aksi wajib bila dalam air...




utk dinner, kitorg kuar dalam kul 6pm, g Lamai beach.. nak naik tuktuk, tapi takde tuktuk lak.. asyik penuh je.. last2, tahan taxi, bargain2 sikit, dapat la tambang 250baht, pegi Lamai beach..  driver taxi tu macam paham tak paham je bila kitorg cakap nak pegi restoran yg halal.. last2 dia turunkan kitorg kat satu tempat ni, mmg nampak macam restoran melayu, tapi bila masuk & tgk menu, ada juga serve pork… terbantut selera akak tau..

kebetulan kat area tu, ada pasar malam… so, kitorg jalan2 le kat pasar malam tu… tgk ada org jual makanan pelbagai serangga, (gambo takde, sbb kat gerai tu, siap tulih, “no photo” or “20baht for photo”)

makanan yg agak2 boleh dimakan, Pad Thai.. ala2 kuehteow goreng.. kitorg beli yg seafood Pad Thai.. pastu pulut , santan & mangga… yummy… pastu nampak lak org jual jagung… besar2 jagungnya.. tapi tak beli pun, sebab sebelah org jual jagung tu, ada org jual daging ibab bakar.. ayoooo… geram betul la…

dah lenguh kaki berjalan kat pasar malam tu, kitorg decide nak balik ke Chaweng beach. Makan je la kat restoran Indian tu.. balik naik tuktuk, sebab taxi nak 500baht g chaweng.. cekik darah betul la… tambang tuktuk dpt 80bath je sorang…  suka budak2 ni dapat naik tuktuk.. open air.. hahahaha… driver tuktuk tu bawak laju giler… seram gak.. pastu kat satu tempat ni, saya nampak, ada satu gerai, tulih “Halal”.. kecik je tulisannya… tapi dah tak sempat nak suruh driver tu berenti.. rasanya dalam 1km dari hotel kitorg.. takpe la, dah takde rezeki nak makan tomyam kat Koh Samui..

sampai kat Chaweng beach, mmg nampak happening.. kedai2 bercahaya… manusia pun ramai.. mana pegi org2 ni semua masa siang tadi? Ke sebab siang tadi hujan, ramai yg tak keluar? Alhamdulillah, cuaca malam ni ok.. tak hujan dah…

kitorg survey2 lagi nak makan kat mana.. sambil2 survey tu, terjumpa la gerai banana pancake.. yeay! Rindu bangat… singgah beli banana pancake dulu.. pastu yus kata, kita makan je la kat  restoran Indian.. penat dah berjalan..



lepas beli banana pancake, kitorg terus menuju ke restoran Indian ni..  org pun ramai dlm tu.. ok la, tengok2 menu, ada la seafood sikit2.. tomyam pun ada, tapi takde dalam menu… bila saya saje tanya, dia kata ada tomyam… lega.. lepas kempunan.. hahahaha… so, kitorang order, sambil tunggu makanan, kitorg makan dulu makanan yg dibeli kat pasar malam tadi… lama betul makanan kitorg nak siap.. dah rasa nak tertidur kat meja tu… aleesya awal2 lagi dah pengsan.. sebab ada satu group omputih ni, nak dekat 12 org kot, order lain2 dish.. pastu ada pulak yg makanan dia tak sampai2.. kitorg punya dah sampai, dia punya tak sampai2 lagi… bengang la member… siap macam nak gado… ayooo…

seafood ala indian..


tumyam...

lepas kenyang, kitorg g massage kaki.. ada satu tempat ni, ramai betul org.. ye la, 1 jam massage, 150baht je.. service terbaekkk... kitorg semua massage, kecuali aleesya & aqeelah.. aqeelah siap dapat tempat duduk khas untuk tido.. aleesya lak tido atas perut daddy.. hahaha.. lepas setengah jam, tukar kedudukan, tido atas perut mama lak...




habis massage (ada org tu siap berdengkur2 lagi..) ayooo... malu mak... kitorg balik hotel naik tuktuk jugak.. dah tak larat nak berjalan lagi.. tambang mahal sikit, 50baht sorang.. takpe la.. hari pun dah jauh malam, nak dekat kul 11pm... sampai kat hotel, nampak lagi org jual banana pancake... yeay! Nak makan banana pancake lagi.. Yus bungkus bawak balik, makan dalam bilik... esok dah nak balik.. tak puas rasanya 2 malam je kat sini.. next time, kena stay at least 3 malam k...

Wednesday, 12 December 2012

JJCP Guangzhou, China ~ Intro

Kitorang pegi Guangzhou (GZ) bulan Nov lepas... biasa la.. bizi memanjang, ditambah dengan penyakit M, makanya entri ni tak terbuat lagi.. sebenarnya banyak lagi jjcp yg tak tercerita... uss, cameron highlands, perhentian, redang, koh samui, perlis, penang... ho chi minh pun tak hbs citer lg... maap la ye.. kita buat entri yg masih fresh dalam kepala ni dulu..

9 - 15 Nov 2012, 7 hari 6 malam, macam lama je kan trip kali ni... tp sebenarnya, 5 hari 4 malam je ada kat GZ... sebabnya.. jeng jeng jeng... bertolak dari LCCT, 9 Nov flight kul 8.30pm, sampai GZ dah tengah malam, pastu balik KL 15 Nov, flight kul 1.15am.. tengah2 malam buta jugak... nak buat camno.. itu je tiket yg AA bagi murah... sorang RM374 pegi balik, tak termasuk bag... murah le kan..

ahli rombongan, biasa la, my happy family... (2 dewasa, 3 budak), mak, abah, oya, mak mentua, pak mentua & sepasang kawan mak & pak mentua (pakcik yahya & makcik aspah).. so total 9 dewasa, 3 kanak2..

disebabkan nak tiket murah, mak & pak men terpaksa ambik flight awal sikit, kul 4.30pm, hari yg sama. kwn diorg beli tiket lewat sikit, terpaksa la byr RM700++ sorang..

kul 2.30pm, kitorg dah terpacak kat LCCT utk check-in kan warga2 emas ni... lepas selesai htr sampai escalator imigresen, kitorang balik rumah mak busu... lepak sana sampai asar, lepas asar, dlm kul 5, kitorang g airport balik.. masa tu musim hujan, tiap2 petang hujan, so kitorang dah bagitau mak, abah & oya, supaya keluar rumah awal sikit, takut jalan jem, kot2 banjir ke, jenuh lak kalo tetinggey kapey terebang.. so nya, diorg dah ada kat airport kul 4pm...

disebabkan destinasi kali ni ada masalah bahasa, kitorg decide utk tidak gamble dan ambik tour pakej. lagipun, takde sorang pun dalam rombongan kak kiah ni tau cakap cina, selain "ni hao ma", "shei shei".. malah takde sorang pun pernah jejak kat bumi GZ ni.. pastu bawak lak warga2 emas & kanak2, nanti makan nye susah, nak berjalan pun susah.. so, nak senang citer punya pasal, survey punya survey, saya decide ambik pakej dgn sorang tour agent ni.. kawan lama dalam fb.. tapi baru sekali je pernah jumpa... harga amat berpatutan...

kami tiba di airport Baiyun, GZ kul 12.30midnite. flight ambik masa 4 jam, waktu GZ dan msia adalah sama. cuma bezanya, waktu sana cepat gelap, dan cepat terang... sama macam keadaan kat sabah & sarawak. GZ terletak di selatan China, berdekatan dengan Hong Kong (4 jam naik bas). so, cuaca lebih kurang msia, cuma diorang merasa la tempias 4 musim tu, tapi takde salji. sebelum pegi, tour agent dah pesan, bawak baju tebal / jaket, sebab kat sana musim hujan & berangin kuat. so, semua saya dah prepare, termasuk bawak baju hujan yg dibeli kat koh samui dulu...

kat airport, biasa la, imigresen punya que, punya la lama.. dah le ramai org... oops, lupa lak nak citer.. masa beratur nak drop baggage kat LCCT, ada satu group dr China ni, punya la ramai.. memasing bawak fishing rod.. dah le bau.. masyaallah... mcm tak mandi seminggu... kitorang pulak satu flight dgn diorg... ayoooo... fenin kapla... sib baik la flight malam.. duduk je, terus kitorg zzzzzz...

ok, itu citer kat LCCT. kat airport GZ lak, semua dah ok dah.. lepas ambik bag, tunggu abah & mak yg jadi last person kat kaunter imigresen tu... pastu kitorg pun berjalan la nak kuar dr arrival hall tu.. sampai kat last gate, (ada 3 gate kat dlm arrival hall tu), tour agent kitorg kena tahan dgn kastam.. hbs kena geledah bag dia (dah le dia bwk satu bagpack kecik je).. siap kena masuk dlm tpt yg macam kuarantin tu.. dekat 5-10 minit gak kitorg tunggu dia.. takde apa pun diorg ambik, cuma kena la bukak bekalan sambal ikan bilis mak dia (hehehe... jgn mare ye kak..) so, pengajaran nya, kalo nak bawak makanan, sila letak dalam luggage bag yg kita check in cargo, agaknye la kan...

lepas kuar arrival hall, jumpa la tour agent (TA) kat GZ ni, dok nunggu kitorng yg tak kuar2 dari arrival hall ni ha... dah le tak tulis nama kitorg, dia cuma tulih "Selamat Datang ke Guangzhou"... sib baik le kitorg je yg tinggal kat airport tu.. kalo kitorg keluar sekali dgn org lain, mesti tak cam TA tu.. sib baik la TA tu blh tahan hensem mukanya... nama dia "Tommy".. mula2 dia cakap, sbb slang, ingtkan "Fahmi"... hahahaha... sindrom kurang pendengaran tengah malam... mamai pun ye...

pastu, airport GZ ni punya la besar... 3x ganda dari KLIA... korang bayangkan, kitorg turun flight, pintu yg last sekali (biasa la AA.. budget ciput, dapat la tpt last sekali)... pastu kena lak jalan kaki, nunnnnn hujung sana... Tommy bgtau, "we have to walk a little bit, about 10 minutes".. dah sudah... dari hujung ke hujung kitorg berjalan... dah le bawak warga emas, jenuh le jalan ikut timing mak.. tak tau la camna keadaan makmen yg sakit lutut tu... gamaknya diorg pun kena jalan jauh jugak ke? hmmm...

rupanya2, bas parking kat hujung tu... masukkan bag kat dlm bas, terus gerak ke hotel.. dari airport ke hotel, ambik masa dalam 45 minit... jalan dah tentu tak jem... sejuk je suasana nya... sampai hotel, dalam kul 3.30am, check-in, terus tido...





Thursday, 6 December 2012

Aqeelah Sudah Discaj...

Alhamdulillah, Selasa lepas, Aqeelah dibenarkan keluar dari IJN. Tube yg mengeluarkan cecair dari peparu telah dibuka hari Isnin pagi. Keadaan Aqeelah semakin pulih.. kuat semangat anak mama ni... Makan pun dah semakin berselera. Nenek cerita kat mama, masa doktor keluarkan tube tu & jahit tempat masuk tube, Aqeelah menangis kuat sangat. nasib baik mama takde kat situ masa tu.. kalo tak, mesti mama pun menangis... tak sanggup mama bayangkan rasa sakit bila dijahit tanpa bius... takpe la, mama doakan Aqeelah tak perlu dibedah lagi.. cukup la sekali ni saje... Terima kasih kepada semua pakar-pakar bedah dan doktor-doktor & nurse-nurse yg menjaga Aqeelah selama seminggu lebih ni.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar..

Hari Selasa tu, mama ada meeting sepanjang hari. Mama plan nak mintak tolong atuk ambikkan Aqeelah n nenek kat IJN. kebetulan cik ju ada kat klcc masa tu, so cik ju yg tolong hantar ke rumah. Doktor bg Aqeelah MC 6 minggu. next check up 14 jan 2013. insyaallah, kalo semua ok, aqeelah boleh pegi sekolah lepas tu. Terima kasih kepada kawan-kawan dan sedara-mara yg mendoakan kesejahteraan atas Aqeelah. Hanya Allah yg dapat membalas jasa baik korang semua.

Saturday, 1 December 2012

Happy 7th Birthday to Aqeelah...

Hari ni birthday aqeelah yg ke-7... tak pernah terfikir, akan sambut birthday aqeelah kat ijn... alhamdulillah, aqeelah dah keluar dr ICU hari khamis lepas.

update condition aqeelah selepas operation.
Rabu (28 Nov 2012)
Lepas operation hari selasa lepas, aqeelah duduk kat PICU 2 malam.. alhamdulillah, keadaan aqeelah stabil. rabu pagi, aqeelah dah sedar dah... cuma monyok sikit le.. ye la, tak boleh nak bergerak banyak sangat kan.. tube darah kotor, fluid dari peparu & oksigen kat mulut pun dah bukak dah.. cuma tinggal wayar utk ubat (7 jenis ubat), tube minum & oksigen kecik kat hidung.. aqeelah dah boleh cakap sikit2 masa ni.. ramai kawan2 dr ofis daddy dtg melawat aqeelah, tp xleh masuk sebab waktu melawat dah habis.. nenek & pak ngah pun ada melawat aqeelah.. atuk latip & atuk yahya patutnya nak melawat aqeelah petang rabu tu.. tapi jem teruk sangat kat kl, dari pukul 6 atuk stuck dalam kereta, sampai 9 mlm baru dapat keluar dari sana.. mama rasa badan aqeelah malam tu mcm panas sikit.. nurse kata, nnt lepas sponging, reda la panas tu.. mama doakan aqeelah sihat.. jgn la demam, kalo demam takut terkena jangkitan kuman pulak..

Khamis (29 Nov 2012)
Masa daddy masuk melawat aqeelah tengahari tu dgn atuk-atuk, doktor bgtau, aqeelah dah boleh keluar PICU, masuk wad anggerik, tapi masih dalam observation.. alhamdulillah, cepat la anak mama ni sembuh... tempat aqeelah, katil 16. opah cu & tokcu pun ada melawat aqeelah hari ni.

Jumaat (30 Nov 2012)
Keadaan aqeelah bertambah baik. takde demam, kahak sikit2 je.. doktor kata, dah boleh pindah masuk wad tanjung. syukur...

petang tu mama ada board meeting kat ofis. lepas habis keje, mama terus gi kedai, belikan aqeelah kek angry bird... mama nak buat surprise utk aqeelah esok.. daddy kata, ramai org datang melawat aqeelah petang tu... cik ino, pakcik duan, tok & nenek andak, opah, atuk, aleesya, abg haziq & cik toi.. terima kasih semua sebab dtg melawat aqeelah..

Today (1 Dec 2012)
Masa aqeelah buat echo kat bilik echo, mama cepat2 hias bilik wad aqeelah dgn birthday deco.. jenuh mama tiup belon (tersalah beli pump sebenarnya.. terbeli pump bola.. hahahaha..). Structure jantung aqeelah dah bertambah baik. mama tengok, injap kanan aqeelah, dah selari dengan injap kiri. hebat betul pakar2 bedah ni.. terima kasih doktor2, especially Dato' Dr Azahari Yaakub, Dr Shahrul, Dr Sheikh, Dr Marhisham, Dr Haifa, Dr Ariffin dan semua kakitangan IJN yg terlibat..

disebabkan kanak-kanak hanya boleh masuk pukul 6-8pm, acara memotong kek ditangguhkan sehingga abg haziq & aleesya boleh masuk.. banyak aqeelah dapat hadiah.. aqeelah makan sikit je kek tu.... yg selebihnya, daddy bagi kat nurse2 kat wad tanjung.. pak ngah, mak ngah, ammar & adriana pun ada datang melawat aqeelah.. cik wat & pakcik ahzam dtg pagi td, sbb diorg ada hal petang nnt..

Mama doakan aqeelah cepat sembuh sepenuhnya...

Monday, 26 November 2012

Aqeelah di IJN lagi...

Sejak ahad lepas (semalam), Aqeelah dah berkampung di IJN. kali ini dah confirm, akan menjalani pembedahan major. cuma tarikh je yg doktor belum bagitau. petang ahad tu, nurse ambik darah dan buat xray. masa ambik darah, nurse cucuk kat urat kat lengann dia. sikit je kuar darahnya. rupa2nya tak kena kat urat. meraung2 aqeelah masa tu. jenuh la pujuk nak cucuk kat belakang tapak tangan lak. bila daddy pujuk, baru le dpt ambik darah n terus pasang tpt masuk air. pastu doktor pakar dtg melawat aqeelah, dr shahrul n dr sheikh. diorg kata, insyaallah operation akan dibuat antara rabu, khamis or sabtu. depends jadual datuk dr azahari, pakar bedah yg akan operate aqeelah. mama berdoa, biar la dpt date secepat mungkin.

hari isnin dlm kul 3, aqeelah dipanggil untuk buat echo. lepas tu, pakar bius dtg, bgtau yg aqeelah akan dioperate hari selasa, patient no2. alhamdulillah, dpt juga aqeelah date awal. setelah dibrief process sebelum dan selepas operation, dr shahrul brief in detail pasal operation tu. diorg nak naikkan injap jantung aqeelah yg bermasalah tu. mama nak citer byk pun x sure sgt camna, tp basically doctor akan potong sikit jantung tu, pastu jahit balik.

hari ni (selasa),  aqeelah dah start puasa dr pukul 4 pagi. dijangka operation start kul 10 pagi, tapi pukul 11.45 baru nurse bgtau suruh siap salin baju. pastu aqeelah dibawa masuk ke dewan bedah. kali ni daddy yg temankan aqeelah. mama tak sanggup nak tunggu lama2 tengok aqeelah terbaring kat katil tu... so, mama & nenek tunggu aqeelah kat dewan menunggu..

ingatkan kejap je daddy tunggu aqeelah. sampai pukul 1.30pm, baru daddy jumpa mama kat dewan menunggu.. rupa-rupanya, kes yg pertama, baru je habis.. itu yang lambat tu.. daddy citer, aqeelah dibawa masuk dalam bilik bedah, dalam pukul 1.25pm. lepas je doctor bagi bius kat aqeelah & aqeelah dah tak sedar, daddy keluar. doktor kata, maybe operation akan ambil masa dalam 3-4 jam.

tunggu punya tunggu, dalam pukul 5.45pm, daddy dapat call dari ICU, mintak masuk bilik ICU. nurse bgtau, aqeelah akan terus masuk kat ICU. 6.20pm, mama & daddy tengok aqeelah dah ada kat katil 105, PICU. aqeelah masih belum sedar lagi.. tapi doktor bagitau, pembedahan berjalan lancar. diorang hanya buat main treatment je, so tak perlu buat optional treatment. alhamdulillah.. operation hanya ambil masa 3 jam, dari pukul 2.30 - 5.30pm, tanpa sebarang kompilasi.

mama doakan aqeelah cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu... malam ni daddy akan tunggu aqeelah kat IJN. mama kena balik rumah, sebab nak jaga aleesya pulak.. esok mama datang melawat aqeelah lagi...

Tuesday, 9 October 2012

Jadual Cuti 2013

Jadual cuti sekolah 2013 dah keluar... sib baik la tak booking apa2 tiket lagi untuk bulan mac tahun depan...  cuti sekolah bulan mac lewat 2 minggu dari biasa.. kalo tak, kira buat amal jariah je la kat AA...

Ni jadual nye. tp tertakluk kepada sebarang perubahan...
23.03.2013 - 31.03.2013
25.05.2013 - 09.06.2013
07.08.2013 - 18.08.2013
16.11.2013 - 01.01.2014



Credit to Onestop Malaysia.