Showing posts with label Produk AnugerahQuran. Show all posts
Showing posts with label Produk AnugerahQuran. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah

Minyak ni pun saya guna... especially sapu kat perut Aleesya masa perut dia kembung, sapu kat kaki Aqeelah & Haziq masa kaki diorg lenguh macam nak tercabut, sapu kat kepala Aqeelah bila dia komplen pening2 dan sapu kat perut saya yg selalu gak kembong macam org pregnant 5 bulan... huhuhu... alhamdulillah, lepas sapu minyak ni, diorg boleh tido lena...

ada satu hari tu, masa pegi Taiping, kenduri kawin adik yus yg bongsu... abah batuk teruk.. dah le kitorg tido berimpit dalam satu bilik (cut cost punye pasal..).. kong keng kong keng dia batuk masa malam tu... kesian saya tgk keadaan dia.. dah mcm batuk kering..

air anugerah masa tu pulak tak bawak, sebab kehabisan stok.. sib baik saya bawak minyak sejuta rahsia ni.. saya sapu kat dada & belakang abah.. sambil selawat & baca al-fatihah.. alhamdulillah, lepas tu, baru abah tido lena.. batuk pun berkurangan sikit... terus saya bagi sebotol kat mak, utk diorg guna...

pastu, masa balik rembau, mak tersalah tido kot.. dia sakit kat lengan... bengkak sikit urat dia.. dari subuh dia asyik kata sakit..  dah le nak pegi Melaka lepas tu.. so saya sapu minyak ni kat lengan mak.. alhamdulillah, berkurangan sakit urat mak..

ada yg nak try minyak ni? baca la khasiatnye.. kalo rasa ok, boleh la beli kat mana2 stokis yg berdekatan.. kalo takde masa nak cari, boleh order je kat saya.. harga amat berpatutan..



Sumber : Anugerahquran.com

Ringkasan Produk Minyak Sejuta Rahsia Anugerah

- Adakah anda menanggung beban kesakitan yang perit sepanjang hidup anda?

- Adakah anda mengalami kesakitan dan tekanan yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden dan tiada penjelasan memuaskan anda?

- Adakah anda mahu kaedah lain yang boleh membantu memulihkan kesakitan anda?

Semua masalah di atas boleh diselesaikan sekiranya anda kembali mengaplikasikan kaedah perubatan herba di dalam hidup anda.

Apabila herba-herba ini digabungkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ia menjadi paduan unggul yang mampu mengembalikan kesihatan dan kesejahteraan anda.



Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu.

Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.

Herba-herba ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding dengan perubatan moden.

Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, ia menjadi paduan unggul yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap keberkesanannya.

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini ditenagakan  dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.

Kandungan Herba Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
• Minyak eucalyptus
• Ekstrak halia bara
• Ekstrak serai
• Ekstrak limau purut
• Ekstrak lengkuas
• Ekstrak pudina
• Ekstrak bunga cengkih
• Ekstrak buah pala
• Minyak avokado

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini:

• Surah al-Faatihah • Surah Luqman
• Surah al-Qadr • Surah al-Kafirun
• Surah al-Ikhlas • Surah al-Falaq
• Surah an-Naas • Surah al-Isra’ ayat 28
• Surah at-Taubah ayat 128 • Ayat Kursi
• Surah al-Baqarah • Surah al-Isra'
• Surah as-Saaffaat • Surah A-li’imraan
• Surah al-Waaqi’ah ayat 19 • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar & pembatal sihir & pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan

Dapatkan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:

• kekejangan otot selepas bersukan berkurangan
• senggugut beransur hilang
• kesan akibat ‘ular-ular’ berkurangan
• badan semakin bertenaga dan bersemangat
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• pulih dari sakit perut yang kronik dan sebagainya

Cara menggunakan Minyak Sejuta Rahsia:
Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah.

Air Anugerah..

First time dengar pasal air Anugerah ni dari sepupu hubby.. last year, lepas raya rasanya... masa tu nak pegi kenduri nyambut pengantin perempuan sepupu hubby yg lagi satu kat Perlis.. hubby demam teruk masa tu.. dah le pegi naik bas.. balik dari rombongan kak kiah ni, hbs satu bas demam gak...

alhamdulillah, air ni sungguh mujarab.. bukan nak taksub ke hapa.. tapi hubby semakin kebah bila minum air ni.. of course la bukan dengan seteguk je... selepas beberapa kali minum dan dengan bacaan surah al-fatihah, selawat ke atas nabi saw & doa ke-hadrat Ilahi..

sejak ari itu, saya amalkan minum air ni setiap hari.. anak2 pun bawak air ni g sek.. senang, botol dia kecik, mcm botol mineral.. cuma pantangnya, takleh langkah.. so, kena make sure, kena letak air ni kat tpt yg tinggi.. sbb air ni dah dibacakan dgn ayat2 al-quran 30 juzuk.. "Air Anugerah menggabungkan air sebagai penawar semulajadi dengan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah."


Susah nak dpt stok air ni... saya order direct dari main stokis, sebulan baru dapat... so, sekarang kena place order continuously.. kot tak, putus bekalan... bekalan murah... kalo yg jual kat kedai jamu tu, berlambak.. tp mahal la.. jenuh jugak kalo nak minum hari2, rege retail... ni beli dgn main stokis, dpt la rege stokis.. :-D




Sumber : Anugerahquran.com

Hilangkan dahaga anda dengan Air Anugerah. Ia menggabungkan air mineral yang ditenagakan dengan ayat-ayat ruqyah dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Air Anugerah adalah kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah.

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Air Anugerah:

• Surah al-Faatihah untuk menyembuh keracunan • Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan
• Surah al-Qadr untuk membuka minda, hati dan menerangkan mata • Surah al-Kafirun untuk menghindari gangguan jin dan syaitan
• Surah al-Ikhlas untuk menjauhi dari pandangan manusia yang berniat jahat • Surah al-Falaq untuk menyembuh penyakit siang dan malam
• Surah al-Isra’ ayat 28 untuk pendinding dan pembimbing • Surah at-Taubah ayat 128 untuk menghilangkan kesakitan
• Ayat Kursi untuk menghindar gangguan jin dan syaitan • Surah al-Baqarah untuk keselamatan dari malapetaka yang tidak dijangka
• Surah al-Isra’ untuk penawar segala jenis kesakitan • Surah as-Saaffaat untuk mendapat kesihatan tubuh badan
• Surah A-li’imraan untuk kesihatan dan pelindung dari ganguan jin dan syaitan • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh rohani dan jasmani • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran untuk penyembuh penyakit rohani dan jasmani • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar dan pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan • Ayat pendamai
• Ayat pelembut hati • Doa pengasih
• Doa pelaris perniagaan • Doa penyejuk hati
• Doa menghindar gangguan semasa tidur • Doa pendinding
• Doa penerang hati

Dapatkan Air Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:
• penyakit luaran dan dalaman semakin pulih
• wajah semakin ceria dan berseri
• hati menjadi lunak dan mudah menerima perkara yang baik
• badan semakin bertenaga dan bersemangat
• rumahtangga semakin harmoni dan gembira
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• hati semakin lembut dan mudah menerima nasihat (untuk kanak-kanak)
• daya ingatan semakin kuat dan cerdas
• mudah untuk melahirkan anak (untuk wanita hamil)

Kaedah penggunaan
Baca Bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.Kemudian lafazkan niat dalam hati. Boleh disapu pada muka dan kepala. Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.